Tuah Izara Aishah
KELIBAT figura ini dalam industri seni barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mengakui semakin selektif, tapi kecantikan dan bakat besar yang dimiliki menyebabkan kehadiran Izara Aishah dalam drama mahupun filem sangat dinantikan ramai.
Selepas kali terakhir muncul dengan drama Cinta Masam Manis, pelakon 24 tahun ini bakal mewarnai kembali kaca TV menerusi telenovela, Dia.
Menariknya telenovela 60 episod ini menggandingkan Izara bersama bintang Indonesia, Irwansyah.
Izara mengakui, biarpun drama ini memakan masa yang lama, namun dia tertarik menerima tawaran produksi OrangeTree kerana peluang bekerja dengan pelakon dan penyanyi itu.
“Jarang sebenarnya saya berlakon drama yang panjang, namun saya tidak menolak tuah sebab ada Irwansyah dan bukan itu sahaja, tentunya saya mahu cuba berlakon dengan pelakon Indonesia yang lain untuk mendapatkan pengalaman yang lebih luas.
“Selain itu, saya mahu menimba pengalaman baru untuk bekerja dengan produksi dan pengarah luar. Alhamdulillah saya mendapat satu pengalaman berharga di sini,” ujarnya kepada Media Hiburan.
Ditanya pengalamannya bekerja dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita itu, Izara berkata, tidak mudah mencipta keserasian dengan Irwansyah tetapi dia berjaya melakukannya kerana artis itu sebelum ini sudah pun berlakon di Kuala Lumpur.
“Irwan seorang yang senang didekati, pendek kata dia seorang yang peramah dan kadangkala seperti layanan seorang abang kepada adik.
“Jadi, tidaklah saya kekok sangat bila bergandingan dengan dia. Cuma cabarannya di Indonesia ini babak kami lebih romantik, bercuti dan banyak lagi,” tutur Izara yang mahu cuba berlakon watak berdasarkan kisah benar pula.
Antara pelakon terkenal Malaysia dan Indonesia yang turut menjayakan drama bersiri ini ialah, Janna Nick, Zamarul Hisham, Fazlina Ahmad Daud, Aleza Shadan, Farouk Hussein, Kevin Andrean, Sandrinna Michelle, Tatania Sivek, Adithya danJuliana Mochtar.
Bercerita lanjut pengalamannya bekerja di bawah dua pengarah iaitu Eoon Shuhaimi dari Malaysia dan Omar Aly Adly (Indonesia), Izara akui agak keliru pada awalnya tapi dapat menanganinya dan berusaha memahami kehendak kedua-dua pengarah tersebut.
“Ini kerana karakter saya sebagai Emelda berbeza ketika penggambaran di Malaysia, bila tiba di Indonesia karakter saya berubah,” jelasnya yang mengikuti penggambaran selama 14 hari di Jakarta.
Tidak hanya berdepan cabaran perbezaan watak, Izara berkata, dia mengalami cabaran berdialog dengan menggunakan Bahasa Indonesia.
“Tidak mudah sebenarnya nak bercakap Bahasa Indonesia. Bila ada bahasa yang saya tak faham, saya banyak bertanya supaya tahu maksud sebenarnya.
“Keistimewaan pada watak Emelda ini dia tak menunjuk bila dia sedih. Dia hanya menunjukkan raut wajahnya sahaja tanpa orang sekeliling tahu.
“Pendek kata, sakit di dalam saja dan selalu buat-buat gembira. Jadi nak bagi penonton itu faham tidak mudah sebenarnya bagi saya,” katanya yang akan menjalani penggambaran telefilem terbaru arahan Elly Suriati selepas ini.
Elak kerap berlakon
Berkongsi lanjut mengenai kariernya, Izara berkata, itu mungkin akan menjadi satu-satunya drama lakonannya tahun ini.
Biarpun bersikap selektif terhadap tawaran, namun dia sebenarnya tidak memilih dengan tawaran yang datang.
“Kalau boleh saya tak mahulah selalu bawa watak ibu kerana bimbang akan stuck dengan karakter sama.
“Jika ada kesempatan, saya mahu cuba sesuatu yang berbeza sebab saya rasa banyak yang boleh diexplore.
“Sebab itulah saya elak untuk kerap berlakon kerana tidak mahu sering bawa watak sama,” akhirinya.
The post Tuah Izara Aishah appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmKBg1✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment