Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengurus Bunuh Diri, Aktiviti JKT48 Terhenti Seketika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengurus Bunuh Diri, Aktiviti JKT48 Terhenti Seketika

Masih lagi dalam suasana berkabung atas kematian pengurus Inao Jiro, rumah teater kumpulan idola Asia Tenggara, JKT48 yang terletak di FX, Senayan, Jakarta, Indonesia dilaporkan ditutup untuk sementara waktu.

Memetik laporan Detik.com, pengumuman tersebut disampaikan oleh wakil operasi JKT48 menerus satu kenyataan rasmi memaklumkan teater tersebut ditutup selama empat hari.

“Atas faktor hal dalaman JKT48, maka seluruh kegiatan teater termasuk booth merchandise akan diberhentikan sementara waktu mulai dari pada 22 Mac sehingga 25 Mac 2017 (Sabtu),” demikian yang tertera pada kenyataan tersebut.

Bagi peminat yang sudah membeli tiket yang telah dibeli menerusi JKT48 Point, wang mereka akan dikembalikan semula nanti.

“Bagi peminat yang sudah membeli secara tunai, wang mereka akan dikembalikan dalam bentuk wang tunai. Pihak kami akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai terma pengembalian, tidak lama lagi,”.

Pada 21 Mac lalu, Inao Jiro yang merupakan warganegara Jepun dipercayai mebunuh diri di rumahnya yang terletak di Pondok Aren, Tangerang Selatan.

Berdasarkan siasatan pihak berkuasa, mangsa ditemui di dalam bilik mandi kira-kia jam 6 petang oleh isteri dan pembantunya.

The post Pengurus Bunuh Diri, Aktiviti JKT48 Terhenti Seketika appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nh6VpZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.