Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS akan ambil semula kerusi Azmin yang dipinjamkan di Gombak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS akan ambil semula kerusi Azmin yang dipinjamkan di Gombak

PAS dilapor mahu mengambil kembali kerusi yang menurutnya dipinjamkan kepada PKR di Selangor. Ini, termasuk parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan kerjasama politik de­ngan PKR, lapor akhbar Umno Utusan Malaysia.

“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.

“Kalau putus (hu­bungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Tanpa menamakan, Azmin pada Selasa lalu mempersendakan kekuatan seorang ‘tok lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.

Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Tulisan Azmin itu juga mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.

 

Sumber :
– www.smasanews.com

The post PAS akan ambil semula kerusi Azmin yang dipinjamkan di Gombak appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmRVbP

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.