Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fazley Yaakob Terkejut Buku Masakannya Diiktiraf Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fazley Yaakob Terkejut Buku Masakannya Diiktiraf Antarabangsa

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob tidak menyangka buku masakan tulisan pertamanya iaitu My Sucre Story mendapat pengiktirafan antarabangsa di World Gourmand Book Fair yang diadakan di Yantai, China pada tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Fazley berkata pada acara yang disertai oleh penulis dari seluruh dunia itu beliau memenangi tempat pertama menerusi kategori Buku Resepi Terbaik oleh Personaliti TV dan kemenangan itu menaikkan semangatnya untuk terus menghasilkan buku masakan pada masa hadapan.

“Saya secara jujurnya memang langsung tidak menyangka akan menang kerana masih baharu dalam bidang penulisan buku masakan.

“Apabila pihak penerbit beritahu mereka hantar pencalonan saya berasa segan kerana saya sedar pertandingan itu turut mempertandingkan penulis-penulis lebih hebat dan berpengalaman.

“Namun saya bersyukur dan kemenangan itu dapat menjadi pemangkin semangat untuk saya menghasilkan buku masakan lebih baik pada masa hadapan,” katanya

Buku itu boleh di dapati di rangkaian kedai buku MPH seluruh Malaysia dan Singapura.

Dalam pada itu Fazley berkata, dia terkilan tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama bapanya, Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad kerana arwah adalah insan yang banyak menyokongnya untuk menceburi bidang kulinari.

Malah katanya, bapanya adalah insan bertanggungjawab yang membuatkan dia berani menghasilkan buku masakan pertamanya itu.

Selain kemenangan di APO2016 dan World Gourmand Book Fair, restorannya turut mendapat sembilan trofi termasuk Restoran Terbaik di Kuala Lumpur pada Malaysia International Gastronomy Festival 2016.

Namanya juga diumumkan sebagai penerima anugerah Usahawan Muda Paling Berpengaruh di Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Mengenai perkembangan seni, Fazley bakal melancarkan album terbaharunya tidak lama lagi.

The post Fazley Yaakob Terkejut Buku Masakannya Diiktiraf Antarabangsa appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nzaNEJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.