Kerajaan Belum Sekat Import Daging Brazil – Ahmad Shabery
KEMAMAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan ayam dari Brazil, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Chik.
Katanya ini kerana 21 loji yang dikatakan terlibat dalam penipuan daging tersebut tidak termasuk dalam senarai kilang yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
“Kita memantau rapat berhubung perkara ini dan mengikuti perkembangan negara lain juga untuk dijadikan sebagai panduan kerana jenamanya telah rosak.
“Sama ada teruskan atau tidak pengambilan bahan tersebut kita akan putuskan kemudian. Sehingga sekarang jumlah import dari Brazil tidak banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program eUsahawan dan eRezeki di Institut Kemahiran Belia Negara di sini, hari ini.
Semalam, JPV mengesahkan daging lembu dan ayam yang diimport dari Brazil tiada kaitan dengan 21 kilang pemprosesan yang terbabit dalam skandal daging di negara itu.
JPV juga memaklumkan kualiti daging yang dibawa masuk dari Brazil adalah selamat.
Sementara itu mengenai eUsahawan, Shabery berkata bagi berdepan dengan kehendak pasaran, peniaga perlu lebih kreatif memaparkan produk di laman sosial yang boleh dijadikan landasan untuk mengembangkan pasaran.
Katanya program yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia itu berjaya memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada peniaga.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZeVf3✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment