Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Hasrat Tarik Diri Bertanding Presiden FAM – Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Hasrat Tarik Diri Bertanding Presiden FAM – Annuar

TAN Sri Annuar Musa. – Foto Hafiz Sohaimi

JERLUN: Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tiada keperluan bagi dirinya untuk berbuat demikian.

Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, beliau menganggap pertembungannya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perebutan jawatan itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac ini, hanyalah berlandaskan pertandingan persahabatan.

“Sehingga kini tiada terfikir nak tarik diri, malah tiada pihak yang suruh saya tarik diri secara peribadi, banyak yang pesan jangan tarik diri tapi secara jujurnya saya tak jadikan pertandingan ini segala-galanya.

“Ini hanya soal bola, ia harus dalam bentuk suasana kesukanan. Saya pun tak berapa nak kempen sebab tak perlu berpolemik sehingga mengeruhkan suasana kerana yang penting adalah pembangunan sukan itu sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, adanya cadangan daripada penganalisis dan pengkritik sukan supaya Annuar menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM, susulan arahan bercuti sementara terhadapnya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pengerusi Pelaburan MARA Bhd (PMB).

Pada masa sama, Annuar berkata beliau bersedia dan berlapang dada dikritik mana-mana pihak yang mempertikaikan kewibawaannya untuk memegang jawatan itu kerana masing-masing ada kelebihan serta kelemahan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://www.siakapke.li/2017/03/tiada-hasrat-tarik-diri-bertanding-presiden-fam-annuar.html

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.