Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1MDB: KERAJAAN JANGAN HIDUP DALAM SINDROM PENAFIAN – PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1MDB: KERAJAAN JANGAN HIDUP DALAM SINDROM PENAFIAN – PAS

ALOR SETAR – Dewan Ulamak Pas Pusat mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian berhubung isu 1MDB.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan susulan beberapa petunjuk menunjukkan berlaku salah guna kuasa.

“Kami bimbang kerajaan terus berhutang yang  majoritinya atas riba. Perbuatan itu mengundang  peperangan dengan ALLAH SWT selain menolak keberkatan negara,” katanya, ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pas Pusat, di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu).

Menurutnya, kerajaan BN didakwa mentadbir negara tanpa takwa sehingga berlaku pelbagai kemudaratan dalam negara.
“Pemerintahan yang utamakan kekayaan dan langgar tadbir urus yang baik seperti kes 1MDB, bebanan hutang AS$11 bilion menyumbang kepada kegawatan negara dan rakyat yang tanggung  bebannya, pelabur pula hilang keyakinan,” katanya.

Mahfodz berkata, pelbagai ancaman yang berlaku dalam negara langsung tidak menimbulkan  kegerunan pada kerajaan BN.

“Sepatutnya kerajaan yang bawa konsep wassatiyah guna pndekatan patuh syariah. Negara yang baik dan sejahtera beroleh keberkatan ALLAH SWT dan terhasil dari pemerintahan tadbir urus yang baik,” katanya.

Menurutnya, serangan pemikiran yang menongkah penghayatan akidah akan terus menjadi cabaran sama ada peringkat individu mahupun organisasi.

“Dibimbangi unsur itu menyerap dalam kerajaan BN yang dilihat gagal bina negara sejhtera selain pelbagai kerosakan serta kegawatan ekonomi namun tidak menginsafkan BN untuk jadikan Islam sebagai panduan,” katanya.

– SH



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9aP5d

✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.