Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol ‘deodorant’ dalam kemaluan penghuni lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol ‘deodorant’ dalam kemaluan penghuni lain

loading…

AYER KEROH, MELAKA – Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang pelajar perempuan, lapor Harian Metro.

4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol 'deodorant' dalam kemaluan penghuni lain
4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol ‘deodorant’ dalam kemaluan penghuni lain

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh masing-masing berusia 18 dan 19 tahun itu mengaku tidak bersalah.

ARTIKEL MENARIK: NGERI! Pada Mulanya Rakan-Rakan Hanya Ingin Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Tetapi Tid

loading…

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan remaja perempuan berusia 16 tahun pada jam 5 petang, 9 April lalu di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Tanjung Kling.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang seorang daripada tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah tahanan di sekolah pemulihan akhlak, Mei ini, manakala tiga lagi yang lain pada tahun depan.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap tertuduh sekiranya mahkamah membenar jamin dan syarat tambahan dikenakan.

Kesemua tertuduh yang diwakili Peguam Bela Andrew Lourdes memohon tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post 4 pelajar juvana didakwa di mahkamah, masukkan botol ‘deodorant’ dalam kemaluan penghuni lain appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojtfia

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.