Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Halalkan Perniagaan Mereka – Atu (Zero) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Halalkan Perniagaan Mereka – Atu (Zero)

Pelawak Atu dari kumpulan Zero enggan mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial palsu selagi ia tidak menjejaskan imej dan periuk nasinya.

Sebaliknya, Atu, 25, menganggap ia sebagai perkara yang baik jika cara itu dapat memberi sumber rezeki kepada orang lain.

“Saya tidak kisah pun jika ada orang guna nama saya menerusi akaun palsu dengan tujuan untuk menjual produk asalkan ia tidak memberi kesan buruk kepada saya.

“Malah saya rasa gembira jika dengan cara itu dapat membantu mereka mencari rezeki, apa salahnya… halalkan saja,” ujarnya.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif diminta mengulas tentang laman sosial Facebook palsu yang membuat promosi iklan secara berbayar.

Tambahnya, dia hanya memiliki akaun Facebook bernama Akue Atu dan Instagram @akueatu.
Bagaimanapun Atu berkata, dia sedar dan sentiasa memantau beberapa akaun palsu yang menggunakan namanya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya tahu ada beberapa akaun palsu yang dibuat oleh pihak lain dan setakat ini tiada masalah pun. Tapi isteri saya agak bimbang takut mereka menggunakan nama saya untuk tujuan tidak baik.
“Mungkin jika keterlaluan barulah saya akan mesej atau minta mereka padam akaun berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu Atu berkata, dia kini sibuk dengan persiapan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 yang berlangsung setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna.

The post Saya Halalkan Perniagaan Mereka – Atu (Zero) appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ptEJU7

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.