Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ohhhh kucing yang mati tuuuu.. saya da buanggg… dalam tong sampah” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ohhhh kucing yang mati tuuuu.. saya da buanggg… dalam tong sampah”

Perkongsian dari Abel Cix mengenai kucing kesayangannya yang mati dalam jagaan sebuah kedai haiwan peliharaan di Muar, Johor. Baca lagi:

Harini, genap setahun umur Bulus. mungkin silap aku tak selidik habis-habis pasal petshop yang aku nak letak kan Bulus & Baby mase aku nak ke Thailand dengan niat, tinggal kan kat petshop tu, ade yang jaga, ade yang tengok kan. tapi tak..

09/04/17 2.00pm nak gerak ke Thailand. & 09/04/17 11.40am aku hantar Bulus & Baby ke petshop untuk service “Hotel Kucing” dan macam yang dijanjikan aku akan ambil semula pada 17/04/17. mase nak hantar, dah pesan pada staff yang aku akan ke Thailand dan apa-apa terjadi bole refer aku kat wassap. so lepas die check si Bulus & Baby, semua ok & sihat baru la diterima masuk kat situ then aku pun gerak dari situ. sayu aku tengok muka si Bulus nak kene tinggal. Baby macam biasalah, mulut die saje yang bising.

14/4/17 1.00pm gerak balik dari Thailand ke Malaysia & 15/4/17 2.15pm aku baru smpi Malaysia. sampai ke tarikh ni, masih takde terima apa2 berita dari petshop. so aku anggap Bulus & Baby tak meragam la kat situ. so aku decide 16/4/17 nak collect Bulus & Baby dekat petshop memandangkan badan rasa letih & penat sebab berkonvoi dari Thailand ke Malaysia.

16/4/2017 11.30am aku datang petshop dengan semangat rinduuuu kan si Bulus & Baby nak datang amik bawak balikk. tibe2, aku sampai kat kaunter, aku tnjuk resit nak collect deorg, staff petshop tu (lelaki) dengan takde reaksi bersalah ke takut ke, die pun cakap:

“Kak, nak bagitau eh. kucing akak yang sekor tu mati”

“mati? yang mana?”

“yang beso tu”

aku rase nak menjerit pun ade. melaung pun ade (yang bela & hidup dengan kucing je tau perasaan ni) sebab apa? sebab cara die bagitau tu macam aku ni kayu. macam aku takde perasaan. weh, sensitif la sikit jadi orang. walaupun kucing yang mati, tapi aku ni yang bela die macam anak aku sendiri. last2 kau bgtau “kak kucing akak da mati” perghhhhhhhhhh!

“bila die mati?” aku tanye. control lagi air mata ni. husband xtau lagi ni. sebab die tunggu dalam kete. “die mati 11/4/17. kami cuba call akak, mesej akak tapi akak tak balas” nak tekeluo jugak bijik mata ni “apasal tak wasap? kan da pesan ape2 wasap. saya takde kat Malaysia “die dengan slumber pun jawap, “terlepas pandang kak. customer ramai” nak teburai isi perut aku dgo alasan die. eh memang bodo siaaa.. “kucing akak ni mati sebab sawan” WHAT THE HELLLL laaa~ aku bela dekat setahun, ni baru tinggal tempat kau 3hari kau dah kate sawan? petshop ni dapat cert kat mane pun aku tak tau ah amik staff macam ni. confident level 200% la sia. “klo akak nak tau kucing akak tanam dekat mana, boleh refer bos”

harini, 17/4/17 2.25pm bos petshop tu call aku selepas aku mintak no die dekat staff die tu. dengan angkuh nye die cakap, “saya owner petshop tu. ade ape eh cari saya?” aku pun cakap la “saya owner kucing yang mati tu …” aku tak habis cakap lagi die da sambung “ohhhh kucing yang mati tuuuu.. saya da buanggg” klo kau jadi aku sebagai tuan kucing, kau rase ape bila orang yang xbrtggungjawap cakap cmni???? “buangggg? buang dekat mane?” die dengan belagak nauzubillah pun cakap “dlm tong sampahhhh” aku memang da tak bole nak cakap. so aku pass kan fon call tu pada husband. masih si boss petshop tu bangga kan bisnes die da 10tahun.. klo bisnes 10tahun, tapi cara communicate dengan customer macam layan sampah. kau silappp brader..

niat aku mula-mula g kedai kau, nak tolong maju kan bisnes melayu. tapi tersilap melayu pulak nak tolong. aku redha BULUS mati. tapi aku terkilan cara staff n kau sebagai owner petshop layan customer. kalau betul Bulus kena sawan ngam2 pulak aku antar kat petshop kau, aku xkisah. sampi ke harini, aku masihh tunggu lagi klo ade cerita lain disebalik sawan ni. tapi takde.

tengok la video, nilai la sendiri. kucing yang hidup nye selama setahun ni sihat walafiat, takde sakit, takde sawan, takde ape2, tapi baru letak 3 hari kat situ, terus mati macam ni..

*Baby ok ni. selamat. cuma selsema sikit. kalau aku ade salah, tolong betul kan. bukan nak aib kan, tapi pkir la sikit kebajikan customer. takde customer, xbertahan mane pun bisnes 10tahun kau tu. jangan pikir nak untung je..

GAMBAR DAN VIDEO:

The post “Ohhhh kucing yang mati tuuuu.. saya da buanggg… dalam tong sampah” appeared first on The Alternatif.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oHUX9C

✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.