“Tak tahu kenapa suami aku ni terlalu sensetif”
Dari Kisah Rumah Tangga:
Salam admin … harini tiba-tiba macam nak kongsi cerita saya isteri dan suami ….. ceritanya saya dan suami keluar pergi bungkus makanan, saya dan suami suka makan ayam , jadi suami tolong beli makan , sampai je dekat rumah , saya pun siap kan semua kami makan ada 2 ketul ayam , satu bahagian paha dan satu lagi bahagian tight, saya ambil lah yang paha , kebetulan suami tengah oncall , jadi saya makan ayam dulu , lepastu tiba-tiba suami jerit , dia kata kenapa ambil ayam papa , saya cakap kan ada lagi satu , ya Allah admin nak tahu , pasal bahagian paha yang saya ambil dan saya makan , dia boleh nangis , dekat 2 hari dia tak tegur saya , asal balik je mesti dia nak nangis , tak tahu kenapa terlalu sensitif , saya pelik sangat masa tu , ada sekali tu saya membebel pasal bilik game dia beserak , dia menangis macam saya ni sebat , marah dia ke apa , saya cuma cakap je … ya Allah , saya punya lah geram , sensitif dia lain macam , haih rupa-rupanya alahan , perangai ibu mengandung dia dapat , patut lah asyik nak badmood dan sensitif , rupanya saya disahkan mengandung 3 minggu .. patut lah lain macam je perangai dia …. saya ok je tak ada alahan atau apa , tapi suami yang lebih .. harap2 lah tak berpanjangan , jenuh saya nak pujuk dia semua … Allahamdullillah rezeki Allah bagi kami , setelah 6 tahun berkahwin , tak putus2 doa untuk dapat anak … akhirnya Allah kabulkan juga .. doa kan saya supaya sihat sentiasa dan juga baby sulung kami … maaf admin saya guna fb suami saya ….
Inilah yang dinamakan sebagai “Sindrom Pembawakan Budak”. Selalunya apa yang dialami suami adalah situasi yang sama seperti simptom ibu mengandung seperti pening-pening, loya-loya dan muntah. Mungkin kes ini amat jarang berlaku, tapi apapun yang penting semuanya selamat.
The post “Tak tahu kenapa suami aku ni terlalu sensetif” appeared first on The Alternatif.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oovvEc✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment