Jupe Semakin Nazak
Jupe Semakin Nazak|Keadaan kesihatan pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe semakin nazan dan membimbangkan ekoran penyakit kanser pangkal rahim yang dihidapinya.
Menurut adiknya, Nia Anggia, keadaan kesihatan kakaknya itu semakin menurun malah dia sukar mengenali beberapa orang yang berada di sekelilingnya sejak seminggu lalu.
Salah satu cara untuk membuatnya tenang daripada rasa sakit adalah dengan memberinya ubat tidur. Dan hal ini cukup memberi kesan iaitu telah menyebabkan beliau berhalusinasi,” ujar rakannya Ruben petik laporan media tempatan Indonesia.
“Seminggu ini kondisinya menurun. Pihak keluarga dan doktor berusaha untuk tidak menerima ramai tetamu kerana kondisi Jupe makin lemah.
“Daya ingatan Jupe juga semakin lemah dan sudah mula tidak mengingati orang dengan baik
“Ada yang kenal dan ada juga tidak kenal, dia perlu diingatkan,” kata Nia Anggia dipetik Bintang.com.
Kata Nia lagi, ia mungkin kesan daripada ubat atau rawatan seperti kimoterapi, MRI dan sebagainya yang dilakukan Jupe.
“Saya tidak tahu ia berlaku kerana ubat. Masih belum tahu dan kami sedang mencari penyebabnya.,” katanya.
The post Jupe Semakin Nazak appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2psTois✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment