Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shidi Data Tunai Umrah Hadiah Datuk Seri Vida - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shidi Data Tunai Umrah Hadiah Datuk Seri Vida

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata wajah keriangan penyanyi, Shidi (Data) apabila berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama isteri tercinta buat kali pertama.

Shidi dan isteri, Zaira Ezara, selamat berangkat ke tanah suci Arab Saudi, sekitar tengah hari semalam.

Kakigosip juga difahamkan, umrah Shidi merupakan hadiah daripada Datuk Seri Vida ketika perjuangannya di dalam program Gegar Vaganza lalu.

Bertuah betul Shidi dan isteri, dapat hadiah hebat begini.  Tak kurang juga buat Datuk Vida, besar pahala.

Shidi menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi gambar dan video, sempat merakamkan kesyukuran dan rasa terujanya. Begitu juga isterinya turut sama berkongsi momen itu di laman Instagram.

Menurut kenyataan Shidi, mereka akan ke Madinah dahulu dan kemudian akan ke Mekah.

“Assalamualaikum semua… di sini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekhilafan diri dan juga isteri semoga dipermudahkan segala urusan untuk menunaikan umrah…amin…,” coret Shidi.

“Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi mengasihani…kami nak terbang ke Madinah dah…semoga semuanya berjalan lancar…amin…penerbangan selama 9jam..,” tulis isteri.

Semoga Shidi dan isteri, mendapat umrah yang mabrur dan diperkenankan segala permintaan. Selamat pergi dan pulang.

The post Shidi Data Tunai Umrah Hadiah Datuk Seri Vida appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oHm3xD

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.