Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fizz Fairuz Kembali Berlakon Selepas Setahun Berehat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fizz Fairuz Kembali Berlakon Selepas Setahun Berehat

Pelakon Fizz Fairuz memberitahu dia kini aktif menerima tawaran selepas setahun berehat daripada dunia lakonan.

Fizz, 38, berkata, dia yang sibuk menguruskan beberapa projek karnival di Pahang tahun lalu, kini mula kembali ke lokasi penggambaran filem dan drama.

“Setahun saya berehat bagi menganjurkan Karnival Moh Joget Pahang tahun lalu, tahun ini ada pekerja yang boleh diharap untuk menguruskan projek itu.

“Jadi tahun ini saya boleh kembali semula aktif berlakon dan sudah mula penggambaran untuk filem Munafik 2 dan sebuah drama Akasia,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainil Abidin mengulas tentang perkembangan kerjaya lakonannya.

Tambah Fizz, dalam tempoh setahun itu dia terpaksa menolak tawaran tiga buah filem dan beberapa drama bersiri.

Bagaimanapun, katanya, dia dapat menfaatkan peluang tersebut dalam membesarkan anak keduanya yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Saya tidak sangka juga selepas setahun berehat masih ada lagi tawaran yang datang. Tahun lalu juga isteri saya melahirkan anak kedua kami,” ujarnya.

Fizz berkahwin dengan aktres Almy Nadia pada 26 Mei 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Dalam perkembangan filem terbaharunya berjudul Hospital, Fizz berkata, dia berperanan besar dalam menyokong watak pelakon utama iaitu Fatin Afeefa.

“Secara jujurnya, filem seram ini ialah ‘makanan’ saya cuma cabaran ialah untuk memberi ekspresi berbeza dalam setiap filem itu.

“Bagi filem ini saya perlu menyokong watak Fatin dalam mencari punca bagaimana dia boleh berhadapan dengan perkara-perkara misteri,” ujarnya.

Filem yang turut dibintangi oleh Shima Anuar dan Nina Iskandar ini ditayangkan di seluruh pawagam bermula Khamis lalu.

The post Fizz Fairuz Kembali Berlakon Selepas Setahun Berehat appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oFQeVS

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.