Aiman Nafi Letak Harga Tinggi
Penyanyi, Aiman Tino menepis dakwaan mengenakan bayaran tinggi kepada penganjur yang ingin memanggilnya untuk persembahan pentas.
Memetik laporan Utusan online, penyanyi berusia 19 tahun ini berkata, dia menyerahkan urusan bayaran kepada pihak pengurusannya, Aries Records.
Tambah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, dia sama sekali tidak mencampuri hal tersebut.
“Soal bayaran untuk setiap jemputan persembahan saya serahkan kepada pihak pengurusan dan ayah saya.
“Saya ingin menafikan jika ada pihak mengatakan bahawa saya meletakkan harga yang tinggi.
“Baru-baru ini, saya ada menerima undangan persembahan di Alor Setar, Kedah, hanya dengan bayaran sebanyak RM1,500 sahaja.
“Saya dan ayah sanggup memandu sendiri ke sana semata-mata untuk memenuhi jemputan tersebut,” jelasnya.
The post Aiman Nafi Letak Harga Tinggi appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pveg8J✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment