parents dia tak mau budak ni, masa dijumpa dalam keadaan di dera lagi-nurse
parents dia tak mau budak ni, masa dijumpa dalam keadaan di dera lagi-nurse|Saya tulis ni saja untuk kongsi apa yang saya rasa. Kemarin saya lawat anak buah saya di hospital likas, wad melur 2. Tengah2 melawat tu perasan katil anak kecil di sebelah ni tiada pelawat.. anak kecil tu tengah tidur, ada hos bersambung di tepi perut (untuk susuan sebab dia tidak minum dari mulut tidak tau kenapa samada sakit etc), kaki patah.. Atas mejanya kosong tiada tanda ada pelawat yang datang. Jadi saya tengak file anak kecil tu dia sudah admit di hospital likas sejak 2 february 2017 sampai ke hari ni. Kebetulan datang nurse untuk tukar pampers anak kecil tu, terdetik mau tanya mana parents anak kecil ni.
Nurse tu cakap tiada, parents dia tidak mau budak ni, masa dijumpa budak tu dalam keadaan di dera lagi. Ya allah gugur jantung saya dengar, disitu jugak macam mau terkeluar air mata saya tapi saya tahan2.. kenapa sanggup tinggalkan anak sekecil itu yg masih memerlukan kasih manja dan belaian seorang ibu dan bapa. Mungkin anak kecil itu ada kekurangan, walaupun hidup kita susa dan tidak mampu sekurang2 gunalah tulang empat kerat untuk jaga anak syurga tu.. pampers anak kecil tu pun nurse yg tolong belikan, susu hospital yang provide.
Arini saya datang lagi pegi tengok anak kecik tu, untuk hantar sedikit derma keperluan yang bole dia pakai, kebetulan sampai anak kecil tu menangis tapi dengan suara yg perlahan sangat kesian.. tapi tiada sesiapa di sisi dia untuk tenangkan dia.. macam saya yang mau meraung di situ.. sedihnya.. saya doakan semoga anak kecil tu akan sihat sepenuhnya dan akan menjadi SESEORANG suatu hari nanti.. sama2la kita doakan dia..
Masa pulang hati saya masih terkenangkn anak kecik tu jadi saya kol kawan saya yang jugak doktor di hospital likas tu, tanya2 pasal budak tu.. kawan saya cakap “ya memang budak tu ditinggalkn dan di dera (patah kaki), kes ni sudah diurus dan akan diambil alih oleh pihak kebajikan. Sampainya kan hati orang tua buat begitu dengan anak kandung sendiri.
Manatau ada mommies yang ada kebetulan di hospital likas tu, jenguk2 la adik tu dan doakan kesembuhan dia.. mana yang ada kemampuan tu derma la barang2 keperluan yang bole digunakan anak kecil ni. Anak kecil ni namanya Henry Jupili, umur 1 tahun 3 bulan, wad Melur 2 tgkt 3 bilik no. 2. Nombor katil saya lupa tengok, tapi katil dia sebelah kanan dekat dengan dinding tu, belakang kaunter nurse.
Saya bukan niat mo viralkan untuk keburukan tapi hati saya tersentuh mau ada org ramai untuk doakan kesembuhan dia dan bantu dgn ikhlas. Mungkin dia terpaksa berjuang sendiri skrg di sana tanpa belaian dr org2 tersayang..
I hope you will get well soon henry..
+ Kiriman dari followers page ohmedian
The post parents dia tak mau budak ni, masa dijumpa dalam keadaan di dera lagi-nurse appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pduVhy✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment