Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan ‘Hospital’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan ‘Hospital’

PERTAMA kali menonton sedutan filem ini di pawagam, penulis menjangkakan ia adalah tentang kisah misteri yang berlegar dalam sebuah hospital berhantu.

Apatah lagi, menggunakan judul Hospital, pastinya minda akan terus menuju ke arah gambaran tersebut sementelah penerbitnya, MIG Pictures sudah berulang kali menerbitkan karya seram sedemikian rupa.

Justeru, apabila Hospital yang diarahkan oleh Azaromi Ghazali ini mula ditayangkan sejak 13 April lalu, penulis mengambil kesempatan itu untuk menontonnya di pawagam.
Untuk rekod, Hospital merupakan filem Melayu kedua terbitan MIG Pictures untuk tahun 2017 selepas kali terakhir muncul dengan Dorm Melati yang ditayangkan awal Januari lalu.

Selepas begitu kecewa dengan penghasilan Dorm Melati yang penulis sifatkan begitu teruk, sedikit sebanyak penulis meletakkan harapan untuk melihat Hospital dapat menebus kembali kekecewaan itu walaupun skeptikal.

Pun begitu, selepas menonton Hospital hampir satu setengah jam, seperkara yang penulis boleh simpulkan, secara teknikalnya, Hospital bukanlah sebuah filem seram.

Sebaliknya, Hospital lebih tepat untuk dikategorikan sebagai sebuah filem psychological thriller dan menggabungkan elemen seram yang tidak seram mana pun sebenarnya.

Jujurnya, penulis harus mengakui, selaku penulis lakon layar, Azaromi memiliki idea menarik untuk Hospital yang penulis sifatkan sebagai sesuatu yang agak jarang diketengahkan dalam filem tempatan.
Penulis berkata demikian kerana untuk genre psychological thriller dalam erti kata sebenar untuk konteks filem tempatan memang tidak begitu banyak dihasilkan. Namun, lakon layar dan cerita itu tidak diperkuatkan seperti mana sepatutnya ia dilakukan sehingga Hospital menjadi keliru dan hilang punca.

Banyak persoalan yang dibangkitkan sepanjang menonton filem ini dan apabila perkara itu berlaku, filem tersebut bukan lagi sebuah filem yang bagus. Ia disebabkan banyak kelompongan sehingga audiens mula mempertikaikan dan mempersoalkan logika setiap babak dalam Hospital.

Penulis enggan mengulas lanjut tentang plot dan cerita Hospital kerana tidak mahu keterujaan mereka yang belum menonton atau memiliki perancangan untuk menontonnya (jika ada perasaan itu) akan terbantut.

Hospital sebenarnya mampu menjadi sebuah filem yang menarik dan mudah difahami jika Azaromi menggunakan kreativiti yang dimiliki semaksimumnya untuk menterjemahkannya.
Menonton filem Hospital mengingatkan penulis pada filem Secret Window (2004) lakonan Johnny Depp. Bukan penulis mengatakan kedua-duanya memiliki persamaan tetapi genrenya adalah lebih kurang sama.

Akan tetapi, Secret Window ada arah tujuannya dan plot yang mudah difahami walaupun ia bukanlah tergolong dalam kategori filem terbaik, tetapi setidak-tidaknya, penonton faham akan apa yang berlaku.

Malangnya, Hospital tidak memiliki apa yang sepatutnya diperlukan untuk menjadikan ia sebagai sebuah karya mahal yang boleh mencabar minda penonton. Sebaliknya, karya ini begitu murah dan mudah mengelirukan penonton sehingga penulis terdengar beberapa penonton mengatakan Hospital sebagai filem yang bodoh.

Lebih malang untuk Hospital, pembangunan watak juga lemah dan apa yang menjadikannya bertambah buruk adalah lakonan para pelakonnya yang memang tidak layak untuk digelar mahupun diangkat sebagai pelakon filem.

Masing-masing sekadar berlakon atas nama memenuhi tuntutan watak semata-mata. Emosi, penghayatan dan keberkesanan lakonan langsung tidak dirasai.

Walhal, watak Erin (lakonan Shima Anuar) itu seharusnya menjadi penggerak dan tunjang cerita Hospital tetapi itu tidak berlaku kerana cerita dan lakon layarnya lemah.

Seperkara lagi tentang Hospital yang menjengkelkan adalah teknik efek bunyi yang bagi penulis sudah ketinggalan zaman untuk menakutkan audiens.

Seingat penulis teknik itu sudah lama digunakan sejak filem Jangan Pandang Belakang (2007) lagi dan tiba masanya MIG Pictures menggunakan kaedah lain yang lebih bijak untuk memberikan rasa seram kepada audiens.

The post Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan ‘Hospital’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pvaE3S

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.