Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Pelajar Wanita Didakwa Cabul Rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Pelajar Wanita Didakwa Cabul Rakan

4 Pelajar Wanita Didakwa Cabul Rakan|Anyer keroh: Empat pelajar perempuan sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang penghuni lain, awal bulan ini.

Keempat-empat mereka yang berumur antara 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di sekolah di berkenaan, kira-kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak membenarkan jaminan atas faktor semua tertuduh hampir tamat tempoh perintah di sekolah itu dalam tempoh terdekat dan mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dikenakan jika mahkamah menggunakan budi bicara.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan menerusi peguambela Andrew Lourdes memohon jaminan RM5,000 setiap seorang dengan alasan dari keluarga berpendapatan rendah.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah terbabit hingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

The post 4 Pelajar Wanita Didakwa Cabul Rakan appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pMisNZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.