Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota TLDM Hilang Jatuh Laut Rupanya Bakal Bertunang Bulan Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota TLDM Hilang Jatuh Laut Rupanya Bakal Bertunang Bulan Depan


Anggota TLDM Hilang Jatuh Laut Rupanya Bakal Bertunang Bulan Depan|Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Perantau, Laskar Kelas II Komunikasi Amirul Bahari Ismail, 22, yang dipercayai jatuh laut di perairan Bintulu, Isnin lalu, sepatutnya melangsungkan pertunangan, bulan depan.

Difahamkan, Amirul Bahari dari Pahang, akan bertunang dengan gadis pilihannya berasal dari Perak.
Kakaknya, Nor Asyikin Ismail, 30, berkata persiapan untuk majlis itu sudah mula dibuat, termasuk membeli barangan gubahan hantaran majlis pertunangan yang akan berlangsung 14 Mei ini.

Nor Asyikin yang dihubungi malam tadi, berkata mereka sekeluarga mendapat tahu kehilangan Amirul Bahari selepas membaca berita di media sosial sebelum menghubungi TLDM.

Sebelum kejadian, menurutnya, Amirul Bahari menghubungi ibu bapanya melalui WhatsApp pada 14 April lalu, dan sempat meminta maaf kepada mereka serta ahli keluarga lain menerusi kumpulan keluarga di aplikasi berkenaan.

“Emak juga berasa pelik ketika itu namun tidak mahu memikirkan sebarang perkara negatif, beranggapan ia perkara biasa kelakuan anak kepada ibu bapa.

“Bagaimanapun, kami tidak putus berdoa agar ada perkembangan positif dalam usaha pencarian Amirul,” katanya.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Amirul Bahari kali terakhir dilihat di bilik rehat pada 7.15 pagi ketika KD Perantau yang membawa kira-kira 80 anak kapal dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar.

The post Anggota TLDM Hilang Jatuh Laut Rupanya Bakal Bertunang Bulan Depan appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pAepVG

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.