Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan Mimpi! Peminat ‘Running Man’ Ini Dilamar Pemuda Korea - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan Mimpi! Peminat ‘Running Man’ Ini Dilamar Pemuda Korea

Seorang peminat fanatik program realiti Running Man, dikenali sebagai Vera Nanda Putri menjadi tular selepas dilamar seorang pemuda Korea.

Memetik laporan Tribunnews, dek kerana terlalu minat dengan program Running Man, pada tahun 2015 Nanda membuat keputusan terbang ke Seoul semata-mata untuk mempelajari bahasa Korea di Seoul National University.

Sepanjang berada di negara itu, dia bertemu dan berkenalan dengan seorang lelaki Korea bernama Jun. Sejak saat itu, kedua-duanya semakin rapat dan mula menjalinkan hubungan cinta. Jun yang bekerja sebagai pereka grafik menunjukkan keseriusannya dan berniat untuk mengahwini Nanda.

Nanda sendiri tidak menyangka Jun mahu memperisterikannya walaupun mereka berbeza agama dan budaya. Namun keseriusan dan keikhlasan lelaki itu , akhirnya pasangan ini bernikah pada 27 Februari lalu.

Menariknya, majlis pasangan ini berlangsung dalam suasana meriah berkonsepkan gabungan antara adat Minang dan Korea Selatan. Bahkan majlis tersebut turut dihadiri bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bersama Ani Yudhoyono.

Walaupun pasangan ini pernah disindir dan dibuli, namun kini kisah cinta Nanda dan Jun mendapat reaksi positif daripada netizen.

“Ternyata ada kisah cinta seperti ini…kira in cuma di film2,” tulis seorang netizen.

“Happy wedding k. Semoga langgeng sampai akhir hayat… aamiin,” tulis seorang lagi netizen.

The post Bukan Mimpi! Peminat ‘Running Man’ Ini Dilamar Pemuda Korea appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pyfNuM

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.