RM40 Ribu Tertunggak, Azrel Lebih Berhati-hati
Gagal melunaskan gaji tertunggak sebanyak RM40,000, Azrel bersama barisan artis lain seperti Risteena Munim, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, dan ramai lagi telah membuat satu laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan penerbit JNI Creative Sdn Bhd.
“Laporan baru buat semalam, barisan pelakon lain seperti Risteena Munim, Bella Nazari, Wan Nor Azlinpun dan ramai lagi pun ada buat sama.
“Malah hari ini sepatutnya call time kami semua untuk teruskan penggambaran. Tetapi kami semua sepakat untuk tidak turun selagi bayaran tertunggak tidak dijelaskan, sebab produksi ini banyak buat masalah dan pengurus produksi pun datang lambat, jadi tak respek artis,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Kesal dengan tindakan produksi tersebut, hari ini pelakon popular drama Bodyguard bersama barisan pelakon lain bakal menghadiri satu mesyuarat di FINAS untuk mengetengahkan isu terbabit.
“Hari ini ada mesyuarat dengan FINAS supaya isu ini mendapat sokongan, begitu juga dengan laporan polis yang telah kami buat, kami akan tampilkan sekali semasa mesyuarat nanti.
“Produser tak cakap apa lagi sebab news baru keluar hari ini. Namun ada juga pengarah lain yang memberikan komen mengenai produksi ini memang ada masalah,” ujarnya.
Ditanya berapakah jumlah yang sepatunya dijelaskan kepada aktor ini tampan. Jelasnya bukan sikit tetapi satu jumlah yang besar.
“Ini melibatkan duit, jumlah tertunggak untuk Azrel seorang sahaja RM40,000. Jadi jumlah yang sangat besar bukannya RM4,000.
“Dalam tempoh tiga tahun ini kali pertama terkena macam ini. Bukti discussion and call time kerja semua ada.
“Dulu produksi ini ada nama lain dikenali sebagai Kota Rentang Sdn Bhd, mungkin tutup sebab ada masalah. Sekarang sudah nama baru,” jelasnya.
Pada masa sama juga Azrel berkata dia akan lebih berhati-hati jika mahu mengambil sebarang tawaran dari pihak produksi baru.
“Untuk selepas ini, buat syarikat yang dah biasa tak ada masalah sebab dah kenal, walau bagaimanapun untuk syarikat baru saya akan lebih berhati-hati sebab sudah terkena.
“Bila sudah jadi macam ini banyak tawaran yang terlepas dalam tiga ke empat antaranya drama dan telefilem dari RTM,” tuturnya.
The post RM40 Ribu Tertunggak, Azrel Lebih Berhati-hati appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pAS8K7✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment