Apakah TPM tak capai KPI, tanya AMANAH
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub berkata, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas.
"Pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) perlu mengumumkan kepada rakyat apakah keperluan melantik sepupunya, Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas yang pastinya melibatkan dana awam.
"PM juga perlu untuk melaporkan secara telus kepada rakyat tentang prestasi kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang secara rasminya bertanggungjawab penuh untuk membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh PM pada bila-bila masa dan ketika.
"Adakah Ahmad Zahid Hamidi gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai timbalan perdana menteri," soal beliau dalam kenyataan.
Kira-kira seminggu yang lalu, Najib mengumumkan Hishammuddin dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri.
Pelantikan itu, kata Najib, akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.
“Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Pertahanan," jelas Najib.
Baca Juga :
- Bekerja Di Singapura? Ini Pengalaman Pekerja Malaysia Di Sana Dan Tips Yang Anda Kena Tahu
- "Siapa Kata Bangsa Melayu Terseksa di Singapura ?"
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pengumuman Hishamuddin mengenai antara tugas-tugas khas memantau isu keselamatan di Sabah adalah tidak munasabah dan melucukan.
"Adakah tidak cukup kedudukan sebagai menteri pertahanan bagi menjamin keselamatan di Sabah atau satu sindiran sinis terhadap Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri dalam negeri yang tidak cekap menjalankan tugasnya.
"Sekiranya beginilah cara PM Najib mengurus tadbir negara ini, adalah sangat malang bagi rakyat negara ini memiliki PM yang sangat lemah kewibawaannya.
"Dengan kewujudan 8 menteri di JPM, Najib masih memerlukan seorang lagi menteri untuk menjalankan tugas-tugas khas. Ternyata ini adalah merupakan satu lagi pembaziran tenaga dan wang rakyat," ujarnya.
Oleh itu, jelasnya, Najib mesti menjelaskan kepada rakyat tentang isu lantikan menteri tugas-tugas khas yang menjadi misteri sekarang ini.
"Rakyat menuntut ketelusan dan kebertanggung jawaban dalam masalah yang sangat melucukan ini," tambahnya. Pejam Kelip
✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment