Syafiq Yusof Kini Bergelar Tauke Minyak Argan
Pengarah muda berbakat, Syafiq Yusof, kini terjun ke dunia perniagaan iaitu perniagaan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil.
Produk minyak tersebut khusus untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari organik Argania Spinosa, pati minyak dari Morocco.
Syafiq, 24, yang sebelum ini pernah mengarahkan beberapa buah filem seperti S.A.M, Abang Long Fadil dan Desolasi berkata, dia tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan apabila isterinya menggunakan produk tersebut
“Apabila saya melihat isteri saya menggunakan produk ini, ternyata ia memberi kesan yang positif terhadap kulit, rambut dan kukunya.
“Melihat kepada keberkesanan produk ini, akhirnya timbul idea untuk memasarkannya di Malaysia dan kemudian saya menubuhkan Luxeone International Sdn. Bhd. bersama beberapa orang rakan lain,” ujarnya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat miliknya yang baru ditubuhkan, Luxone International.
Seperti yang diketahui umum, minyak argan yang dihasilkan daripada buah Argania Spinosa (pokok Argan) memang sudah tidak asing lagi dalam dunia kecantikan.
Ternyata, penggunaan minyak ini dalam bidang kosmetik semakin popular sehingga dikenali sebagai ‘liquid gold’ dalam kalangan wanita di Eropah kerana khasiatnya untuk kecantikan kulit, kuku dan rambut serta bersifat anti penuaan semula jadi yang terbaik.
Malah, hasil kajian yang dilakukan pakar kecantikan dan kesihatan dunia turut memperakui minyak argan ini merupakan agen anti penuaan semula jadi terbaik, sehinggakan ramai pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan ini.
Sementara itu, sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan produk ini kepada orang ramai, pihaknya juga telah melantik seorang penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor serta seorang model terkenal, Tinie sebagai duta untuk produk Luxone.
Menurut Rosyam, dia kali pertama mengetahui tentang produk LUXONE ini sewaktu diberikan oleh Syafiq untuk testimoni semasa kedua-duanya sedang menjalani penggambaran filem KL Special Force.
“Semasa penggambaran, Syafiq datang berjumpa dengan saya dan memperkenalkan produk ini serta meminta saya menggunakannya.
“Kemudian, setelah saya menggunakan LUXONE beberapa kali, ternyata ia memberi kesan positif dan saya tertarik dengan produk ini kerana ia bersifat anti penuaan,” jelasnya yang kemudian bersetuju untuk menjadi duta produk ini.
Untuk produk LUXONE, ia sudah pun mula berada di pasaran dan tempahan boleh dibuat secara online menerusi laman web www.luxone.com.my
Harga untuk sebotol produk LUXONE adalah RM 69.90 (tidak termasuk GST).
The post Syafiq Yusof Kini Bergelar Tauke Minyak Argan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pfbPY7✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment