Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100% sempurna” – Zarina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100% sempurna” – Zarina

Baru-baru ini dramatis Zarina Zainuddin dikecam netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora.

Banyak pihak mengecam pelakon berusia 46 tahun ini kononnya tidak konsisten dalam proses penghijrahannya sejak September tahun lalu

Memetik laporan BH online, Zarina mengakui bahwa beliau sedar perbuatannya itu salah di sisi agama, namun sebagai pelakon yang belum bersara dia terpaksa berbuat demikian bagi menghidupkan watak.

“Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama.

“Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.

“Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama.

“Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri,” katanya

Luahnya lagi, dia terkilan dengan kebanyakan netizen yang memberi komen melampau dalam akaun Instagramnya. Menurut ibu kepada dua orang anak itu, dia bukanlah individu yang sempurna biarpun sudah berhijrah.

Namun, katanya dia cuba mengubah diri menjadi muslimah yang lebih baik sedikit demi sedikit.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.

“Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Ku Kirim Cinta bagi slot Akasia TV3.

The post “Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100% sempurna” – Zarina appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o1Jtk2

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.