Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belum Ada Aset, Khai Bahar Utamakan Niat Mahu Hantar Ibu Bapa ke Mekah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belum Ada Aset, Khai Bahar Utamakan Niat Mahu Hantar Ibu Bapa ke Mekah

Penyanyi muda sensasi, Khai Bahar berazam mahu membawa ibu dan bapanya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah, pada tahun hadapan.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 23, dia gigih berusaha berkerja keras mengumpul wang demi mahu menunaikan hasrat sekaligus menggembirakan hati kedua orang tuanya.

“Hampir setahun saya berkecimpung dalam dunia seni. Setakat ini saya masih belum ada rezeki lagi untuk membeli rumah atau kereta.

“Tapi tidak mengapa kerana apa yang penting sekarang, saya mahu kumpul duit dan bawa ibu bapa saya serta ibu tiri saya tunaikan umrah di tanah suci Mekah. InsyAllah tahun depan,” tuturnya ketika ditemui pada majlis pelancaran DBI Homes bertempat di Flora Terrace, pada Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah popular menerusi aplikasi karaoke atas talian Smule ini mendedahkan dia kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Sebagai permulaan, dia bakal melancarkan minyak wangi jenamanya sendiri, Khai Bahar Limited Edition ‘Bayang’. Wangian tersebut terdiri daripada dua jenis iaitu untuk lelaki dan perempuan.

Kata Khai, meskipun menyedari kini terdapat lambakan minyak wangi oleh para selebriti namun dia memilih perniagaan ini kerana merasakan minyak wangi adalah produk yang sentiasa menjadi keperluan dalam kehidupan harian seseorang individu itu.

“Memang sekarang pun ramai artis lain yang juga keluarkan minyak wangi sendiri. Tapi bagi saya, minyak wangi memang akan orang pakai setiap hari. Ini juga sebagai permulaan untuk saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan,”jelasnya.

Dalam perkembangan lain, disamping sibuk mempromosikan single terbaharu, Dari Jauh Saja, dia bakal merakamkan lagu yang pernah di popularkan oleh Awie dan Ziana Zain berjudul Di Halaman Asmara.

“Saya akan rakamkan semula lagu Di Halaman Asmara bersama pasangan duet saya, artis baharu Fatin Husna.

“Selain itu, saya juga akan rakamkan lagu raya saya sendiri. Setakat ini judul lagu tersebut belum ada lagi. Ia hasil ciptaan komposer Ahmad Fedtri Yahya,” katanya.

The post Belum Ada Aset, Khai Bahar Utamakan Niat Mahu Hantar Ibu Bapa ke Mekah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMdH7V

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.