Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS

Gara-gara watak Mak Cun, pengarah dan pelakon Erma Fatima memberitahu menerima banyak produk usahawan desa sehingga memenuhi ruang kediamannya.

Erma, 49, berkata, dia tersentuh hati dengan perkara itu dan sedaya upaya akan cuba merasai semua produk yang diberikan kepadanya.

“Rumah saya sudah seperti super market hingga nak masuk pun susah sebab terlalu banyak barang usahawan desa. Saya tidak akan buang barang-barang itu.

“Saya akan labelkan terlebih dahulu supaya saya tahu siapa punya selepas merasainya. Saya tidak sangka mereka benar-benar menghargai usaha saya walaupun hanya dalam sebuah drama,” ujarnya.

Pelakon itu berkata, setakat ini dia sudah memilih kira-kira 20 buah produk untuk dipasarkan di bawah jenama Mak Cun yang dijual Mak Cun Mart.

Tambahnya, sebuah kedai fizikal bakal beroperasi pada Mei depan di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Erma Fatima mengakui watak Mak Cun itu banyak mengajarnya tentang kesusahan usahawan desa dalam memasarkan produk mereka.

Katanya, dia mengkaji proses usahawan desa untuk membawa produk mereka ke pasaraya di bandar-bandar besar.

“Saya banyak belajar daripada watak ini tentang perjuangan susah senang seorang usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka di bumi Malaysia.

“Saya sendiri buat kajian dan jumpa dengan pihak-pihak berkaitan semata-mata untuk menulis skrip drama itu dan dari situ saya rasa sendiri keperitan mereka.

“Disebabkan perkara itu juga, saya terpanggil untuk membantu sebarapa mampu untuk mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonannya, Erma berkata, dia hanya berlakon untuk drama Mak Cun sahaja.

Katanya, dia tidak lagi berminat menjadikan bidang lakonan sebagai sebuah kerjaya seperti dahulu.
“Saya sudah lama tinggalkan bidang lakonan dan bila orang nampak saya muncul dalam drama Mak Cun, mereka fikir saya buat comeback.

“Tapi sebenarnya saya berlakon atas permintaan pihak stesen televisyen ini sahaja untuk mengembangkan watak Mak Cun,” ujarnya.

The post Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pC8ijw

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.