Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mr. Worldwide Pitbull Kembali ke Malaysia Selepas 4 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mr. Worldwide Pitbull Kembali ke Malaysia Selepas 4 Tahun

Kepada semua peminat muzik Pop di Malaysia, bersedialah untuk berparti bersama pemenang anugerah Latin Grammy, Pitbull yang bakal kembali ke Malaysia untuk konsert solonya selepas 4 tahun.

Dianjurkan oleh IME Malaysia, konsert Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017 akan berlangsung pada 16 Mei 2017, jam 8 malam di Sunway Lagoon Surf Beach.

Sinonim dengan jolokan sebagai ‘Mr.Worldwide’, pemilik nama sebenar Armando Christian Pérez ini mula dikenali ramai selepas mengeluarkan album pertamanya yang berjudul M.I.A.M.I pada tahun 2004. Lagu lagu Pitbull seperti Give Me Everything, Timber, We Are One (Ola-Ola), telah menguasai carta-carta muzik antarabangsa.

Bukan itu sahaja, Pitbull telah menjual sebanyak 5,000,000 buah album dan 40 juta singles sepanjang kerjaya beliau. Beliau juga telah berkerjasama dengan pelbagai artis popular lain seperti Shakira, Kesha, Usher dan juga Jennifer Lopez.

Terdahulu, penghibur berusia 36 tahun ini pernah mengadakan konsert solo pertamanya di tanah air, Pitbull Live Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember 2011. Kali terakhir Pitbull beraksi di Malaysia, sekitar pada 4 tahun yang lalu pada festival muzik Asia (We Love Asia) pada September 2013

Tiket-tiket konsert Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017 berharga RM498 (VIP) dan RM288 (CAT1). Peminat boleh membeli tiket konsert menerusi TicketCharge online di http://ift.tt/1bNLODv atau hubungi talian hotline + 603-92228811.

Tempat lain untuk membeli tiket konsert adalah seperti outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang).

Tiket akan mula dijual pada 18 April 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

The post Mr. Worldwide Pitbull Kembali ke Malaysia Selepas 4 Tahun appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oTuFTT

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.