Nora mimpi jumpa arwah suami
Adalah menjadi ujian yang sangat mencabar buat semua orang yang kehilangan ahli keluarga. Begitulah yang dialami oleh penyanyi Nora Ariffin yang telah kehilangan suami sebulan yang lalu kerana serangan jantung.
Semalam menerusi akaun Instagram Nora ada memuat naik kenangan gambar bersama arwah suami dan berkongsi perasaannya ketika ini.
“Dah hampir sebulan, I dan anak-anak sudah redha dengan pemergian abang, kami yakin abang ke tempat yang lebih baik dan sedang tenang disana bersama para solihin & dicucuri rahmat keatas roh abang. I nak jumpa abang lagi. Al- Fatihah JOHAN NAWAWI 1966-2017,” tulisnya.
Pelantun lagu Hanya Satu ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang telah banyak memberikan sokongan dan doa serta ucapan semangat kepadanya dalam meniti hari sebagai ibu tunggal.
“MasyaAllah terima kasih Nora ucapkan buat semua yang sangat memahami, memberi kata-kata dorongan & doa untuk saya terus kuat & pulih semangat saya.
“Yes, saya akan terus menulis, sebab sekarang ni memang ini salah satu cara yang menenangkan saya. Allah knows. Kalau arwah masih hidup pun, dia akan support benda yang elok. Tq everyone.
“Allahuakbar semalam jam 1.30 pagi terjaga dari tidur. Alhamdulilah kali ke 3, bermimpi abang, kali ni abang tengah drive kereta. I tengah baca artikel pasal minum air coke & hisap rokok,…amat bahaya….I dok cakap, kenapa la orang buat jugak ye?? dok borak2, tapi suara abang tak clear then terjaga. I senyum sorang.
“Tq Allah dapat mimpi sekejap pun sudah memadai. Semoga abang datang lagi dalam mimpi,” coretnya rindu.
The post Nora mimpi jumpa arwah suami appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pzyLRz✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment