Hi! Welcome Back and Stay Tune! Didakwa masukkan botol dalam kemaluan pelajar lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Didakwa masukkan botol dalam kemaluan pelajar lain

Empat pelajar perempuan sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, atas pertuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang penghuni lain.

Keempat-empat tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan objek iaitu sebotol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Tindakan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di bilik Melor Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Tanjung Kling di sini pada 9 April lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd. Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang salah seorang tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah sekolah pemulihan akhlak pada Mei ini manakala tiga yang lain pada tahun depan.

Beliau bagaimanapun mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 setiap seorang dan syarat tambahan dikenakan sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara.

Peguam Andrew Lourdes yang mewakili keempat-empat tertuduh kemudian memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan kesemua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Tambahnya, sekiranya jumlah tinggi dikenakan, tertuduh yang tidak mampu membayar akan di hantar ke Penjara Sungai Udang dan keadaan itu tidak sesuai bagi kesemua mereka yang masih muda.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di Sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi-saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan.

The post Didakwa masukkan botol dalam kemaluan pelajar lain appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pxJU5B

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.