Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesian Adam, ‘mak ayah’ tak mengaku anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesian Adam, ‘mak ayah’ tak mengaku anak

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata pihaknya sedang berusaha memberi khidmat guaman kepada Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly kerana didakwa dipinggirkan ‘ibu’ dan ‘ayahnya’.

“Saya rasa simpati dan kasihan terhadap Adam kerana  ‘ibu dan bapanya’ iaitu (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali dan (Ketua Wanita PKR,) Zuraida Kamaruddin kerana tidak mengakunya sebagai ‘anak’.

“Sejak semalam mereka tidak mengendahkan kewujudan Adam, jadi  saya  berpakat dengan rakan NGO untuk kumpulkan  RM500 satu NGO,” katanya selepas hadir ke ibu pejabat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerah bukti dakwaan salah guna kuasa, Zuraida, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Adam ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Sementara itu, tambah Jamal lagi, pihaknya telah berjaya mengumpul RM20,000.

“Pagi tadi kami telah berjaya mengumpul sebanyak ini dan kami perlukan beberapa lagi kerana kos guaman mungkin memakan sebanyak RM50,000.

‘Saya tampil membantu selepas Zuraida dan Azmin lepas tangan. Saya ingin beri khidmat guaman percuma kepadanya kerana saya yakin apa yang berlaku kepadanya cukup tragis.

“Beliau belum cukup matang kerana  masuk dalam politik. Beliau mungkin mangsa keadaan dan  terjebak apabila melihat peluang di depan mata,” katanya lagi.

Terdahulu, Jamal yang hadir kira-kira jam 3.15 petang dilihat memasuki ibu pejabat agensi itu dengan membawa senaskhah dokumen bukti dan menyerahkan dokumen itu kepada wakil SPRM berhubung dakwaannya itu.

Semalam Sinar Harian melaporkan Zuraida Kamaruddin menyatakan SPRM susulan penahanan reman seorang pemimpin muda PKR berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

The post Kesian Adam, ‘mak ayah’ tak mengaku anak appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oKOJ8L

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.