Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelakon Hebat Berumur 40an Dalam Fast & Furious 8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelakon Hebat Berumur 40an Dalam Fast & Furious 8

Filem hebat tahun ini, Fast & Furious 8 sedang hangat ditayangkan di negara kita.  Bagi yang telah menonton pasti berpuas hati dengan aksi-aksi yang dipamerkan menerusi filem tersebut.

Mengekalkan pelakon-pelakon asal, tanpa kita sedari sebenarnya ada antara mereka yang telah melebihi usia 40-an.

1. Kurt Russell – 66 tahun

Kurt Vogel Russell dilahirkan pada 17 Mac 1951 dan kini berusia 66 tahun. Russel mula berlakon menerusi siri tv The Travels of Jaimie McPheeters pada tahun 1963. Lewat tahun 1960-an Russel telah menanda tangani kontrak bersama syarikat Walt Disney. Menurut Robert Osborne, Russel menjadi bintang studio paling top pada tahun 1970.

2. Vin Diesel – 48 tahun

Mark Sinclair atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Vin Diesel merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah dan penulis skrip. Beliau memegang watak sebagai Dominic Toretto menerusi filem The Fast and the Furious, watak Richard B. Riddick menerusi filem The Chronicles dan watak Xander Cage menerusi filem xXx series. Figura hebat ini telah dilahirkan pada 18 Julai 1967 dan kini berusia 48 tahun.

3. Ludacris – 40 tahun

Dilahirkan pada 11 September 1977, pelakon Ludacris atau nama sebenarnya Christopher Brian “Chris” Bridges kini sudah berusia 40 tahun. Selain menjadi seorang pelakon, Ludachris juga merupakan seorang penyanyi hip hop di Amerika. Pelakon yang berasal dari Atlanta, Georgia ini pernah memenangi beberapa anugerah di Grammy Awards, MTV dan banyak lagi.

4. The Rock  – 45 tahun

Siapa yang tidak kenal dengan The Rock, 45, satu nama yang menjadi lagenda di dalam industri gusti. Nama sebenar The Rock adalah adalah Dwayne Douglas Johnson. The Rock dilahirkan pada 2 Mei 1972 dan merupakan warganegara Amerika dan Kanada. Selain daripada menceburi bidang gusti, The Rock juga merupakan seorang penerbit, penyanyi dan pelakon.

5. Jason Statham  – 50 tahun

Jason Statham merupakan pelakon yang sering mendapat watak sebagai hero di dalam filem. Statham dilahirkan pada 26 Julai 1967 dan kini berusia 50 tahun. Siapa sangka di usia yang sudah setengah dekad ini beliau masih lagi lincah dalam filem dengan melakonkan aksi-aksi yang mencabar. Antara filem yang pernah dilakonkan olehnya adalah, Snatch (2000), Revolver (2005), The Transporter trilogy (2002-2008), The Italian Job (2003) dan banyak lagi. Dia juga sering melakukan aksi stunt sendiri ketika penggambaran.

6. Charlize Theron – 42 tahun

Penerbit dan pelakon yang berasal daripada Afrika Selatan, Charlize Theron dilahirkan pada 7 Ogos 1975. Dia kini berusia 42 tahun telah banyak membintangi filem-filem di Hollywood seawal dirinya masih remaja lagi. Antara filem yang pernah dilakonkan olehnya adalah, The Devil’s Advocate (1997), Mighty Joe Young (1998), The Cider House Rules (1999), Monster (2003), The Italian Job (2003), Hancock (2008) dan banyak lagi.

The post Pelakon Hebat Berumur 40an Dalam Fast & Furious 8 appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2omjY94

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.