Datok Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan
Datok Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan|Kami akui ramai juga yang terkejut dengan berita perceraian Datuk Seri Vida bersama Fairuz. Namun, setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Jodoh mereka tidak panjang.
Kini, Vida enggan lagi terus bersedih dan menjalani kehidupannya seperti biasa. Namun, menerusi portal Harian Metro, beliau meluahkan rasa kesal apabila ada beberapa pihak cuba untuk mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih rapat selepas bercerai.
Vida akui beliau agak bosan dan rimas apabila ramai lelaki yang menghantar mesej ingin berkenalan dengannya . Buat masa ini, beliau tidak mahu memikirkan soal lelaki dan mahu fokus membesarkan anak-anaknya.
Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini
Terdahulu, Vida dan Fairuz sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak pada 7 April lalu. Punca mereka bercerai adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua. Vida bernikah dengan Fairuz sekitar bulan Januari 2014.
The post Datok Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pfkzxH✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment