Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belum Terima Baki Bayaran, Hijjaz Terasa Dianiaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belum Terima Baki Bayaran, Hijjaz Terasa Dianiaya

Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz, kecewa dengan sikap penganjur Konsert 3 Kejora Bersatu, Kay Event Management and Services, yang belum menjelaskan baki bayaran persembahan mereka di Istana Budaya pada 7 dan 8 Oktober tahun lalu.

Memetik laporan BH online, menurut anggota kumpulan terbabit, Muhammad Ariffin Ahmad Rahim, sikap penganjur yang terus berdiam diri sehingga ke hari ini membuatkan Hijjaz terasa seperti dianiaya.

“Kami ada juga membuat susulan mengenai soal bayaran berkenaan. Sudah banyak kali kami menghubungi dan menghantar mesej, namun tiada sebarang balasan yang diberikan.

“Lebih menghairankan, dia (penganjur) masih kekal dalam kumpulan aplikasi WhatsApp konsert terbabit, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang perkembangan terkini berhubung soal bayaran itu,” katanya.

Katanya, setakat ini mereka hanya diberikan bayaran pendahuluan sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya diterima.

Walaupun kumpulan berkenaan menyanyikan lagu berunsur dakwah, namun menurut seorang lagi anggotanya, Isman Nadim Isam, penganjur tak seharusnya menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak menghargai titik peluh yang dikeluarkan.

“Memanglah kami menyanyikan lagu nasyid sebagai sebahagian cara untuk berdakwah, tetapi janganlah diambil kesempatan atas perkara itu. Berdakwah tetap berdakwah juga, tetapi kami ada tanggungjawab lain dan inilah periuk nasi kami,” tegasnya.

Ditanya apakah Hijjaz akan mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan kerana melanggar perjanjian, Isman berkata, mereka cuba mencari jalan penyelesaian yang baik berhubung isu itu.

“Kami sangat profesional dan kami juga tidak mahu orang memandang serong pada kumpulan nasyid jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan.

“Kami juga mendapat tahu, ada kumpulan lain yang mahu membawa kes ini ke tengah. Ia terpulanglah kepada mereka. Harapan kami, pihak penganjur dapat menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya.

Selain Hijjaz, Konsert 3 Kejora Bersatu turut menampilkan dua lagi pelopor irama nasyid tanah air, iaitu Rabbani dan Brothers. Ia juga menampilkan artis undangan, Afad Raihan dan Nazrey Johani.

The post Belum Terima Baki Bayaran, Hijjaz Terasa Dianiaya appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pe8PZe

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.