Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Malaysia mahu aksi di gelanggang berkecuali, bukan di Pyongyang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Malaysia mahu aksi di gelanggang berkecuali, bukan di Pyongyang

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bertegas mahu perlawanan sulung kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di venue berkecuali pada 8 Jun ini.

Keputusan itu sekali gus menolak permohonan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk meneruskan aksi di Pyongyang.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media hari ini berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan pagi ini yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali dan dihadiri Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Setiausaha Bahagian Asia Timur Kementerian Luar Datuk S. Ganeson.

"Selepas perbincangan, Datuk Lokman yang mempengerusikan mesyuarat pagi tadi memutuskan untuk bersetuju dan mengambil maklum akan pandangan serta ulasan daripada Kementerian Luar bahawa ketegangan geopolitik antara Korea Utara dan negara-negara lain kini semakin meruncing.

"Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan telah bersetuju agar perlawanan tersebut tidak diadakan di Pyongyang tetapi diadakan di gelanggang berkecuali.

"Hasil keputusan tersebut juga akan dibawa maklum kepada AFC untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.

PRKFA sebelum ini telah membuat keputusan untuk tidak mengemukakan cadangan venue berkecuali sebaliknya menghantar surat kepada AFC bagi mengekalkan Pyongyang sebagai venue perlawanan pertama itu dengan jaminan keselamatan.

Minggu lepas, AFC menghantar surat kepada FAM untuk mengetahui status terkini hubungan diplomatik Malaysia dengan Korea Utara sebelum ia dirujuk kepada Kementerian Luar dan KBS. -- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0FLGm

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.