Jangan terlalu memilih kerja dalam situasi ekonomi tidak menentu
Beliau berkata golongan berkenaan perlu membuang sifat malu untuk memulakan pekerjaan dari peringkat bawah dalam apa sahaja bidang pekerjaan.
"Bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, pekerja berkemahiran teknikal sangat diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 35 peratus menjelang tahun 2020.
"Oleh itu saya berharap golongan pencari kerja di negeri ini tidak terlalu memilih perkerjaan yang ada," katanya ketika berucap pada Majlis Kerjaya dan Karnival Pekerjaan 2017 peringkat daerah Keningau di sini, hari ini.Mengulas mengenai program berkenaan, Pairin berkata ia merupakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu kerjasama antara agensi berkaitan dalam membantu pencari kerja mendapatkan kerja, selain medium untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang pekerjaan.
Katanya, program berkenaan juga dapat membantu para majikan untuk memperoleh pekerja yang berkelayakan serta berpotensi dalam syarikat masing-masing.
Pada majlis itu, sebanyakl 123 majikan turut serta dalam karnival yang bermula pada 24 April di Kota Kinabalu dan berakhir di Sandakan pada 29 April bagi mengisi 4,745 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor. -- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q05HAa✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment