Celcom Menawarkan Data Percuma Untuk Facebook Dan WhatsApp Dari 29 April Ke 5 Mei 2017
Disebabkan oleh gangguan talian Celcom pada minggu lepas, syarikat telekomunikasi berkenaan hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan penggunaan data tanpa had percuma untuk perkhidmatan Facebook dan WhatsApp selama seminggu.
Kiraan tersebut akan bermula daripada 29 April 2017 ini hingga 5 Mei 2017 akan datang – iaitu bermula penghujung minggu ini. Pengguna Celcom dan Xpax boleh menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini secara percuma, dan tiada sebarang kuota internet akan ditolak untuk penggunaan kedua-dua perkhidmatan ini untuk tempoh tersebut.
Sebelum ini, pada minggu lepas, sejumlah besar pengguna Celcom menghadapi masalah mengakses beberapa laman sosial utama, termasuk Facebook, WhatsApp dan Instagram. Celcom mengatakan mereka sedang bekerjasama dengan Facebook dalam menawarkan pengalaman lebih baik, dan proses naik-taraf dijangka selesai pada penghujung April ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2orl3R8✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment