Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Bomoh mengaku bersalah hina Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Bomoh mengaku bersalah hina Islam

KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar'ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar'ie.

Ibrahim, 66, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Selain itu, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya, bermula hari ini dengan bon dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129, Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Mahkamah turut memerintahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan supaya menyediakan modul pengajaran bagi membolehkan Ibrahim menjalani kelas akidah dan fardu ain dengan bimbingan Pejabat Mufti.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikehendaki menyediakan laporan perkembangan tertuduh kepada mahkamah sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, Ibrahim melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media di Kompleks Pusat Islam di sini, petang tadi.

Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.

Dia juga mengaku akan berhenti menggunakan gelaran "Raja Bomoh".

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2orDKEo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.