Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fattah Akui Sangat Ingin Jadi Pelakon Terbaik Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fattah Akui Sangat Ingin Jadi Pelakon Terbaik Malaysia

Tahniah Kakigosip ucapkan buat bintang Top Top MeleTOP ERA 2017, berjaya merangkul lima sekali gus Anugerah MeleTOP ERA (2017) dari 17 kategori yang dipertandingkan. Hebat juga pukulan fenomena drama Suri Hati Mr Pilot ni kan, sampaikan Fattah berjaya menepis semua nama-nama pesaing hebat lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Fazura serta ramai lagi.

Berikutan itu, Fattah terpanggil untuk memberikan ucapan penuh kepada Kakigosip  menerusi aplikasi Whatsapp.

“Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaNya.

“Terima kasih Allah atas aturanMu untuk membekalkan sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan media dengan kemenangan besar saya di AME 2017. Untuk semua,  Jazakallah khayr.

“Lima awards di AME2017: (1) Anugerah Fesyen Meletop Era, (2) Anugerah Bintang Online  Meletop Era, (3) Anugerah Pelakon  TV Meletop Era, (4) Anugerah Drama TV Meletop Era, (5) Anugerah Bintang Top Top Meletop Era.

“Sungguh saya tidak berharap namun tidak sangka begini sekali hasil sokongan daripada rakan-rakan media yang tanpa jemu memberikan saya ruang untuk berjaya. Hanya Allah jua yang membalas jasa dan budi baik kalian.

“Perjalanan saya dalam dunia seni kini sudah menghampiri fasa kematangan.  Ini bermakna tanggungjawab saya sebagai pelakon bertambah besar,  bukan sahaja untuk watak namun begitu juga mesej dan imej yang perlu dibawa, dan ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya rakan-rakan media tidak menyokong usaha saya dalam dunia seni tanah air.

“Dengan demikian,  semestinya saya terus memerlukan dan menghargai semua sokongan dan dorongan anda semua.

“Saya ingin menjadi pelakon yang berjaya dan disegani.  Jadi,  saya perlu sentiasa cuba membawa pelbagai watak berbeza,  jalan cerita berbeza,  dan dengan gandingan heroin berbeza.  Sebagai pelakon,  ini sahaja cara untuk saya membaiki kelemahan dan menjadi lebih baik.  Ya,  saya sangat ingin menjadi pelakon terbaik Malaysia satu hari nanti,  dan siapa tahu,  mungkin di Asia juga.

“Semua impian ini tidak dapat saya capai dengan usaha keras saya seorang tanpa sokongan media.  Saya sangat berharap rakan-rakan media tetap berada di belakang saya dalam setiap drama TV dan filem lakonan saya.

“Tanpa anda,  saya bukan siapa-siapa di medan seni ini.  Dari hati saya yang paling dalam, TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.

“Ikhlas, Fattah Amin 24 April 2017,” menurut kenyataan Fattah.

The post Fattah Akui Sangat Ingin Jadi Pelakon Terbaik Malaysia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2qalcoo

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.