Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 7,000 sekolah luar bandar nikmati khidmat internet jalur lebar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 7,000 sekolah luar bandar nikmati khidmat internet jalur lebar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,182 sekolah di seluruh negara dibekalkan dengan perkhidmatan Internet berkelajuan jalur lebar 15Mbps, 10Mbps, 6Mbps dan 2Mbps setakat 17 Mac lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah itu, 7,050 (69.24 peratus) merupakan sekolah di luar bandar.

"Ia selaras dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mana Kementerian Pendidikan sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pendekatan paling optimum bagi merangkai semua sekolah termasuk di luar bandar dan pedalaman bagi dinaik taraf kepada rangkaian berkelajuan tinggi."

"Selain itu, kementerian juga mengambil langkah meningkatkan pengalaman pengguna melalui penjadualan mantap penggunaan jalur lebar serta penyediaan kemudahan cache di sekolah yang jalur lebarnya belum dinaik taraf," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abidullah Salleh yang ingin tahu adakah perkembangan statistik pencapaian akses dan kelajuan Internet di sekolah seluruh negara terutama sekolah luar bandar selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. -- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q0dCxh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.