Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar tahfiz: Keluarga mengharap keajaiban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar tahfiz: Keluarga mengharap keajaiban

JOHOR BAHRU: Keadaan pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dikatakan masih kritikal dengan tangannya yang dijangkiti kuman masih belum pulih.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad berkata tangan kanan tersebut masih dalam keadaan hitam dari jari hingga ke bawah siku dan berkemungkinan terpaksa dipotong jika keadaan semakin membimbangkan.

"Tangan terbabit sebelum ini sudah dibedah bagi mengeluarkan darah beku.

"Pihak doktor kini sedang memantau keadaan sehingga 8 malam ini dan sekiranya keadaan masih belum pulih, tangan tersebut terpaksa dipotong dari jari ke bawah siku demi menyelamatkan nyawa Mohamad Thaqif Amin," katanya kepada pemberita selepas kunjungan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris ke atas pelajar tersebut hari ini.

Dzuraidah berkata mereka sekeluarga berserah kepada Allah S.W.T dan tidak putus berdoa selain mengharapkan keajaiban supaya tangan kanan Mohamad Thaqif Amin kembali pulih memandangkang pihak hospital melakukan sedaya upaya bagi menyelamatkannya.

Menurutnya, doktor turut memantau bahu kiri pelajar terbabit yang turut ditemukan darah beku.

"Doktor sudah memberikan ubat cair darah pada bahu kirinya manakala buah pinggang, jantung dan tekanan darah Mohamad Thaqif Amin dalam keadaan baik.

"Mohamad Thaqif Amin kini diberikan ubat tidur kerana semalam dia ada meronta seketika dan cuba mencabut saluran tiub yang dipakaikan kepadanya," kata Dzuraidah.

Mengenai kunjungan Raja Zarith Sofia, beliau yang mewakili anggota keluarganya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan baginda yang berkenan meluangkan masa melawat Mohamad Thaqif Amin.

Katanya mereka sekeluarga dimaklumkan mengenai lawatan terbabit pada tengah malam tadi.

Kes Mohamad Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Mohamad Thaqif Amin kemudian terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman ke atas tubuh badannya.

Pembantu warden lelaki berumur 29 tahun berkenaan pula kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut. --BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q0eKkH

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.