Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami tidur bersama-sama, Suami mengaku bawa perempuan simpanan bercuti ketika isteri tengah sakit dalam hospital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami tidur bersama-sama, Suami mengaku bawa perempuan simpanan bercuti ketika isteri tengah sakit dalam hospital

 Isteri mana yang tidak sedih dalam keadaan anak yang sakit dan masih berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, suami sebagai ketua keluarga sepatutnya berada di sisi isteri untuk memberi kata-kata semangat.


Tetapi, suami boleh pula bercuti di Phuket bersama perempuan simpanan. Lebih menyakitkan hati telah melakukan maksiat semasa berada di sana. Itulah kisah sedih yang dilalui oleh wanita ini apabila mengetahui suaminya telah bercuti ke Phuket bersama perempuan simpanan.

Perkara itu terbongkar kerana perempuan simpanan suaminya itu sendiri telah menghantar mesej mendedahkan segalanya. Semoga kisah ini dijadikan iktibar.

“Saya dah bergelar status ibu tunggal selama hampir 5 bulan dari usia perkahwinan belum sempat cecah 5 tahun genap bulan Jun tahun ini. Saya ada sepasang cahaya mata, alhamdulillah penguat hati saya. Saya di ceraikan oleh suami kerana pihak ke-3.”

“Bekas suami masa itu terdesak menceraikan saya semata-mata nak kejar perempuan itu. Sebab perempuan itu ugut nak tinggalkan dia dan nak kahwin dengan pilihan keluarga. Sebab hampir 2 tahun dia cuba untuk melihat rumah tangga saya hancur tapi suami masih tak ceraikan saya. Akhirnya dia gunakan taktik begitu untuk dapatkan bekas saya itu.”

“Kami cerai cara baik walaupun dia tak rela ceraikan tapi dah lafaz, saya akur jugak bila dilepaskan. Bukan apa, terasa bebas dari perasaan sakit hati makan hati yang terpendam. Bila sudah cerai saya masih baik dengan bekas kerana anak-anak. Disebabkan susah saya nak handle anak-anak seorang diri saya buat keputusan terima cadangan bekas untuk rujuk demi anak-anak.”


http://ift.tt/2phhjB4

“Masa itu saya tak tahu yang bekas masih dengan perempuan itu sebab katanya dah putus sebab perempuan itu merimaskan. Saya fikir betul-betul dah putus jadi kami pun setuju untuk rujuk. Tapi Allah maha besar, walaupun dah bercerai naluri sebagai seorang isteri masih ada.”

“Saya masih syak yang bekas ada hubungan dengan perempuan tu. Rupa-rupanya perempuan itu simpan segalanya tunggu masa nak hentam saya. Patut senyap dapat upah pergi ride ke phuket semua ditaja bekas. Buat pasport segala bagai. Padahal masa yang sama anak baru keluar hospital, Allahuakbar tuhan nak tunjuk pada saya.”

“Di sini saya cuma nak bagi nasihat kepada perempuan jangan mudah percaya lelaki yang suka berjanji pujuk rayu bagai. Itu semua lakonan semata-mata, tak semua tapi waspadalah kalau kita dah di tipu berkali-kali buat apa percaya lagi. Umpama cerita si pengambala kambing.”

“Kepada abang rider sekalian saya tengok semua baik-baik Allahuakbar sayu hati saya bila dengar ada yang pandai bertahlil zikir. Tapi kalau buat ride personal or group ada ahli yang bawa pasangan. Pastikan dia bawa itu benar-benar isteri. Tak salah nak bawa tapi boleh asingkan bila ride yang terpaksa sampai perlu bermalam. Jangan di galakkan maksiat berlaku tanpa pengetahuan.”

“Kepada perempuan tersebut tolong lah insaf, jangan bangga diri dengan harga diri yang tiada nilai murahnya. Jangan bangga kerana seronok hancurkan masa depan anak-anak kecil orang lain. Kepada bekas suami sebelum kamu cuba sayangi wanita lain. Tolong sayangi ibu anda dahulu, kalau kamu tak mampu sayangi ibu sendri hingga akhir kamu bukan seorang manusia.” – MissA/UtaraNews.com
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2phhR9P

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.