Hi! Welcome Back and Stay Tune! SSM sumbang mesin hemodialisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SSM sumbang mesin hemodialisis

IPOH: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyumbangkan dua buah mesin hemodialisis bernilai RM80,000 kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan penyakit buah pinggang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Perak merupakan negeri pertama yang menerima sumbangan empat buah mesin daripada SSM yang bernilai RM160,000 sejak 20 April lepas.

Menurut beliau, sebelum ini pihaknya juga telah menyalurkan dua buah mesin hemodialisis kepada Hospital Selama bagi memenuhi keperluan pesakit buah pinggang yang kerap memerlukan rawatan berterusan selain memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Kerjasama ini juga merupakan salah satu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana kita berharap mesin ini dapat membantu pesakit buah pinggang yang memerlukannya.

“Bayangkan, dalam masa seminggu, seorang pesakit buah pinggang secara minima perlu melakukan tiga kali rawatan selama empat jam berturut-turut, justeru mesin ini sememangnya amat diperlukan buat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui selepas menyampaikan dua unit mesin haemodialisis tersebut kepada Pengarah HRPB Dr Premavathy Balakrishnan dan sesi lawatan sekitar Unit Forensik HRPB, pada pagi Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner berkata, pihaknya menyumbang kesemua empat mesin itu berikutan faktor kakitangan hospital yang mencukupi di samping bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang. 

Katanya, selain daripada unit mesin rawatan buah pinggang itu pihaknya juga menyumbangkan satu unit mesin dialiser dan satu unit mesin reverse osmosis kepada kedua-dua hospital berkenaan.

“Kita melaksanakan sumbangan ini kerana kita melihat kepada Triple Bottom Line di dalam sesebuah organisasi, iaitu dari segi kewangan, persekitaran dan sosial. Dan untuk program CSR ini, kita menyentuh kepada aspek sosial,” ujarnya.

Menurut Zahrah, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan hospital lain di seluruh negara untuk mengetahui sama ada terdapat keperluan bagi sebarang jenis mesin rawatan harian yang boleh dibantu pada masa akan datang.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0JYK9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.