Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Disuruh Goyang, Saya Goyanglah’-Raja Bomoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Disuruh Goyang, Saya Goyanglah’-Raja Bomoh

loading…
loading…
‘Disuruh Goyang, Saya Goyanglah’-Raja Bomoh

WJ.jpg

‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin hari ini mendedahkan semua aksi yang kononnya menjalankan upacara tertentu semata-mata lakonan.
Malah, menerima arahan daripada pihak yang dirahsiakan identitinya, beliau mengaku berlatih supaya persembahan itu menarik.
Lakonan beliau itu, termasuklah aksi menggoyang teropong buluh dan menjulang buah kelapa ketika upacara mencari pesawat hilang Malaysia Airlines dan memagar negara ini daripada ancaman asing.
“Goyang itu semua drama. Apa pun tak nampak. Jangan silap kata nampak kapal terbang ke… Saya dilatih suruh buat goyang, saya pun goyanglah,” katanya.
“Ambil buah kelapa macam bom, saya buat tetapi saya tak tahu salah pula. Demi Allah demi rasul saya tak tahu salah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Al Bakri yang menegurnya.
Pengakuan itu dibuat dalam sidang medianya bersama Zulkifli bagi memohon maaf atas tindakannya yang didakwa menghina Islam.
Sebelum ini Ibrahim ditahan oleh JAWI di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 April lalu.
Dalam acara yang dirakam video Facebook jabatan itu, Ibrahim juga mendedahkan diminta melakonkan kesemua “lima drama untuk seronokkan cerita”.
Bagaimapun, katanya, jika tahu perkara itu salah, sudah tentu beliau tidak akan melakukannya.
“Kalau tahu saya tak buat kerana saya orang sembahyang, orang Islam, semangat Melayu, saya pegang silat sebanyak lima juta orang silat gayung ghaib.
“Saya sebagai pemimpin (silat), didik anak-anak bangsa. Rakyat-rakyat Malaysia pun saya sayang. Takkan saya nak buat kerja bodoh ini,” katanya.
Beliau juga mendedahkan gelaran “raja bomoh” itu juga dibubuh oleh pihak yang enggan dinamakannya itu dan justeru beliau enggan memakainya lagi.
“Gelaran tak mahu pakai. Gelaran Raja Bomoh pun bukan saya yang bubuh.
“Dia cakap (pada saya), ‘Brahim, you cakap you Raja Bomoh dunia, world. Bila Raja Bomoh world, dunia ini, makanya kuatlah’.
“Saya pun terkejut juga, nak dunia macam mana. Hari ini, tak usahlah panggil saya Raja Bomoh.
“Saya seorang mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zain saja. Dulu pun macam itu juga, orang panggil saya, tak ada raja-raja bomoh.
“Bila saya dah gantung (gelaran) raja bomoh, raja pecut ada, raja lawak ada, raja repot ada, semua raja, nak pakai saja. Hari ini semua raja saya tak nak, biar jadi rakyat biasa,” katanya sambil ketawa kecil.-Malaysiakini
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post ‘Disuruh Goyang, Saya Goyanglah’-Raja Bomoh appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q2pSAk

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.