Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambar Awal Untuk Kenderaan Autonomi Yang Diuji Apple Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambar Awal Untuk Kenderaan Autonomi Yang Diuji Apple Diperlihatkan

Sekitar dua minggu lepas, Apple telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di California untuk menguji kenderaan autonomi mereka tersendiri, dan kini beberapa gambar kenderaan yang sedang diuji oleh Apple hadir ke arena web.

Kereta Apple

Kenderaan yang digunakan adalah Lexus RX450h SUV yang dilengkapi dengan sejumlah sensor terbina untuk, termasuk sensor lidar 64-saluran, dua radar, dan juga beberapa kamera. Buat masa ini, ia dikatakan sensor yang digunakan adalah sensor yang dibeli daripada pengeluar, dan bukannya sebuah sensor khusus yang direka oleh Apple.

Pihak berkuasa di California memberikan kebenaran untuk Apple menguji tiga kenderaan di atas jalan raya pada awal bulan ini. Projek yang dikenali dengan nama Projek Titan ini telah melalui beberapa fasa sebelum ini. Apple sebelum ini dikatakan ingin membangunkan kereta mereka tersendiri, tetapi beralih strategi kepada membina perisian dan teknologi yang menguasakannya.

Apple sebelum ini turut pernah dikatakan berbincang dengan Volkswagen dan BMW untuk melesenkan teknologi yang dibangunkan Apple kepada mereka.

Di California, sejumlah syarikat sedang menguji kenderaan autonomi mereka, termasuk Alphabet dan beberapa syarikat lain.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qkPSDq

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.