Lima Makanan Yang Redakan Sakit Kepala
Stres, tidak cukup tidur, badan tidak cukup rehat juga cuaca panas antara faktor yang menyebabkan kita sakit atau pening kepala.
Ia bukan satu isu kesihatan baru. Selain mengambil ubat atau menyapu minyak panas, anda juga boleh redakannya dengan memakan lima makanan ini. Siapa tahu ia mungkin berkesan untuk anda.
Tembikai
Salah satu punca pening kepala ialah dehidrasi, dan memakan tembikai adalah salah satu cara mudah untuk menghidrat kembali tubuh anda. Ia mengandungi air yang tinggi dan juga gula yang sihat. Sama ada memakannya terus atau jadikannya jus, tembikai berkesan menyalurkan kembali kekurangan air dalam badan. Ia juga ringan dan punya efek penyejuk badan (cooling).
Cendawan
Cendawan punya kandungan vitamin B2 yang tinggi yang mana nutrien ini penting untuk memberi tenaga sekaligus meredakan pening kepala. Selain cendawan, brokoli dan bayam juga mewah dengan manfaat vitamin B2. Vitamin B2 juga dikenali sebagai riboflavin yang mana ia bertindak menyalurkan tenaga daripada serapan karbohidrat, lemak dan protein.
Salmon
Salmon mengandungi omega-3 fatty acids yang bertindak mengurangkan keradangan dan juga pening kepala. Selain salmon, ikan sardin juga juga boleh dijadikan pengganti. Menurut kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, minyak ikan yang ditemui dalam ikan seperti salmon dan sardin mengandungi bahan anti-radang semula jadi yang bertindak mengurangkan kesakitan kepala juga migrain.
Yogurt
Mengambil snek ringan yang tinggi kandungan kalsium juga boleh merehatkan badan juga kepala. Selain dehidrasi, pening kepala juga mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pilih yang tidak mengandungi lemak seperti Yogurt Greek. Satu kajian yang dijalankan Universiti Manchester, United Kingdom, wanita yang mengambil 4.4 auns yogurt setiap hari Berjaya mengurangkan masalah inflammation termasuklah pening kepala.
Pisang
Ini salah satu pilihan yang anda ada jika diserang sakit kepala. Pisang punya kandungan magnesium yang tinggi yang mana ia bertindak merehatkan saluran darah sekaligus meredakan sakit kepala. Pisang juga mewah dengan potasium.
Sumber: Majalah EH
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2paBWy7
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment