Pegawai Goldman Sachs kini tumpuan siasatan Amerika
28/4/17
Pendakwa raya Amerika Syarikat sedang melihat kaitan dan carta aliran akaun bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, yang memainkan peranan penting dalam mengaturkan terbitan tiga bon 1MDB, yang dananya kemudian didakwa diselewengkan.
Menurut Bloomberg, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah menyoal-siasat beberapa tokoh perbankan yang mengenali rapat 1MDB mengenai hubungan Leissner dengan tokoh politik Malaysia.
Laporan itu, memetik sumber yang rapat dengan penyiasatan itu sebagai berkata siasatan antara lain memberi tumpuan kepada hubungan Leissner dengan jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low, yang merupakan tokoh utama dalam penstrukturan aliran dana 1MDB di seluruh dunia.
Leissner telah membantu menerbitkan dua bon - bon AS$3.5 bilion pada tahun 2012 dan bon AS$3 bilion pada tahun 2013 - untuk 1MDB.
Menurut dokumen DOJ, sekurang-kurangnya AS$1.367 bilion daripada kedua-dua bon pertama dan satu lagi dari bon ketiga bernilai AS$1.26 bilion didakwa telah diselewengkan.
Bloomberg juga melaporkan, penyiasat juga mempersoalkan tentang interaksi Leissner dengan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng.
Ng, adalah warganegara Malaysia, dan ketua sebuah bahagian Goldman Sach di Asia Tenggara.
Menurut laporan itu, Ng dan juga peguam Leissner, Mac Harris enggan mengulas.
Ng meninggalkan Goldman Sachs pada tahun 2014 manakala Leissner meletak jawatan tahun lalu.
DOJ percaya sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB dan dalam proses merampas kira-kira AS$1 bilion dalam bentuk aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB yang diselwengkan itu.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pboVEJ
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment