Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Mohamad Thaqif Amin Dipanggil Beri Keterangan Kepada Pihak Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Mohamad Thaqif Amin Dipanggil Beri Keterangan Kepada Pihak Polis

Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas

Kota Tinggi – Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan kepada polis di sini, Jumaat.

Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi.

Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur di sini, Jumaat.

Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.

“Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor tentang kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul. Dia ini budak, dia tidak akan berbohong,” katanya.

Felda Wani berkata dia tidak menyalahkan pihak madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.

“Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.

“Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik… anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku adalah perancangan Allah dan Allahyarham menjadi pilihanNya,” katanya.

Felda Wani berkata sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.

“Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan,” katanya.

Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail dekat sini pada petang Rabu.- Bernama


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pp0VfE

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.