Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas banduan tak layak jadi warden, Selepas ini semua sekolah tahfiz wajib daftar dengan JAKIM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas banduan tak layak jadi warden, Selepas ini semua sekolah tahfiz wajib daftar dengan JAKIM

KUALA LUMPUR: Langkah mengarahkan sekolah tahfiz swasta berdaftar dengan kerajaan akan memastikan tatacara operasi standard dalam pengambilan kakitangan dipatuhi.


Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon berkata pihak berkuasa mudah memantau kepatuhan kepada prosedur kerajaan jika sekolah tahfiz diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam.

Beliau juga berkata bekas banduan tidak wajar diambil sebagai warden atau penyelia kebajikan pelajar sekolah.

“Tak salah ambil bekas banduan bekerja, tetapi bukan sebagai warden,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Nilam 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Rabu lepas, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 meninggal dunia selepas kedua kakinya dipotong akibat jangkitan kerana didakwa dipukul pembantu warden sekolah tahfiznya.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam berkata kementerian sukar memantau sekolah tahfiz swasta dan menggesa mereka berdaftar dengan kementerian dan Jakim.

Mahdzir berkata sekolah aliran agama swasta akan didaftarkan di bawah Jakim, selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sin Woon berkata kementerian mempunyai prosedur dan garis panduan yang ketat sebelum hukuman fizikal seperti merotan boleh dikenakan.

“Hanya pengetua dan guru disiplin boleh merotan pelajar,” katanya.

“Namun begitu, terdapat prosedur lain yang mereka perlu lalui sebelum merotan, termasuk kaunseling untuk pelajar,” katanya.

Sin Woon menggesa ibu bapa supaya berkomunikasi dan lebih mendengar suara anak mereka supaya penderaan pelajar boleh dikesan dan dikekang.

Exco Pendidkan Johor Datuk Ayub Rahmat semalam berkata laporan bedah siasat Thaqif mungkin selesai dalam masa 2 minggu lagi.

Beliau berkata Hospital Sultan Ismail, di mana Thaqif dirawat, perlu menjalankan kajian menyeluruh ke atas kecederaan fizikal yang dikesan pada tubuhnya.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oF2k4T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.