Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat Hak Asasi Manusia Baru Dicadangkan Bagi Melindungi Fikiran Dari Dibaca Dan Otak Digodam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat Hak Asasi Manusia Baru Dicadangkan Bagi Melindungi Fikiran Dari Dibaca Dan Otak Digodam

Terdapat tiga puluh artikel di dalam deklarasi sejagat hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Antara hak asasi yang perlu dihormati ialah kebebasan beragama, mendapat pendidikan dan kesamarataan. Dunia sudah banyak berubah dan selepas hampir 70 tahun berlalu, terdapat pelbagai hak manusia baru yang perlu diambil kira. Para juru kaji dari University of Zurich dan University of Basel mencadangkan empat hak asasi manusia bertujuan melindungi manusia di masa hadapan.

Kereta EEG

Mereka mencadangkan hak untuk kebebasan kognitif, privasi mental, integriti mental dan kesinambungan psikologi. Teknologi sedia ada mampu membaca gelombang electroencephalography (EEG)  boleh digunakan untuk mengawal kerusi roda, tangan robotik dan mengetahui tahap keselesaan mangsa dengan sindrom “locked-in”.

Di tangan yang betul bacaan EEG boleh membantu individu. Tetapi di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab ia boleh menidakkan hak asasi seorang manusia. Seperti yang kami laporkan minggu lalu, Facebook sedang membangunkan sistem menaip yang membaca gelombang otak. Data yang dikumpul dari gelombang otak mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak Facebook untuk tujuan komersial. Rahsia peribadi juga mungkin boleh dibaca tanpa kebenaran ketika sesi soal siasat.

Di masa hadapan mungkin akan wujud teknologi yang menyebabkan otak manusia digodam seperti pihak Ghost in The Shell.  Sebelum masalah fiksyen-sains ini menjadi realiti, keempat-empat hak asasi dicadangkan perlu diambil serius sebelum terlambat.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oPhKOT

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.