Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dunia mistik Risa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dunia mistik Risa

Kebolehan melihat makhluk halus semestinya memberikan perspektif hidup berbeza bagi mereka yang dianugerahkan kemampuan itu.

Namun, bukan semua menganggap ia sebagai satu anugerah, sebaliknya lebih kepada nasib malang.

Kuncinya terletak pada individu itu sendiri sama ada mahu menjadikannya sebagai satu kelebihan atau sebaliknya.

Inilah yang cuba disampaikan dalam filem seram Indonesia, Ghost-Danur: I Can See Them arahan Awi Suryadi.

Ia menceritakan hubungan di antara manusia dan makhluk halus.

Lebih istimewa, karya yang diadaptasi daripada novel berjudul Danur karya Risa Saraswati itu adalah pengalaman penulis itu sendiri.

Semestinya rasa yang disalurkan dalam pembikinannya bukan sekadar imaginasi.

Elemen takut dan seram cukup dekat dengan cerita hantu. Inilah yang dipaparkan dalam filem ini. Tahap seramnya mampu menghantui penonton sepanjang perjalanan ceritanya.

Seram bukan satu-satunya elemen filem ini. Apa yang mahu ditonjolkan ialah mengenai hubungan Risa dengan makhlus halus.

Malah, Risa tidak menafikan ‘hubungan’ itu masih berlaku hingga hari ini.

Risa dalam temu bual bersama RAP berkata, dia memiliki ‘anugerah’ itu sejak kecil dan pengalaman itu dicurahkan dalam novel berkenaan dan filem ini.

“Ia seperti satu tanggungjawab. Saya berasakan makhluk halus yang mendampingi saya itu wajar diberi keadilan.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjadikan mereka hero dalam cerita ini kerana hakikatnya mereka sudah jadi sahabat saya,” katanya.

Risa yang hadir ke Kuala Lumpur sempena majlis pratonton filem itu baru-baru ini berkata, apabila diceritakan orang pasti berasa seram, tetapi semua itu adalah pengalamannya sendiri.

Apa yang diceritakan Risa seolah-olah tidak logik. Ia seperti hanya sekadar imaginasi dan tak tercapai akal manusia.

Ditanya mengenai perkara itu, Risa berkata, dia sudah lali dengan tanggapan sedemikian dan sekarang dia tidak pedulikan apa kata orang lain.

“Tak kisahlah kalau mereka tak mahu percaya, tapi orang yang tahu cerita sebenar lebih memahaminya.

“Jika tak mahu percaya sekalipun, tontonlah filem ini sebagai satu hiburan. Lupakan mengenai kebolehan saya dan nikmati saja jalan ceritanya seperti filem lain,” katanya.

Ghost-Danur: I Can See Them memberikan dimensi berbeza dalam cerita seram. Ia mengisahkan Risa yang mampu berhubung dengan hantu.

Pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan, dia membuat permintaan yang benar-benar mengubah hidupnya.

Risa cuma mahukan kawan untuk bermain memandangkan dia kerap bersendirian di rumah nenek dan ibunya, Elly pula sibuk bekerja.

Selepas itulah muncul Jhansen, Peter dan William yang mula menghantui dirinya. Risa kemudian tidak pernah lagi kesunyian dan mula ketawa serta bermain dengan mereka.

Perubahan itu bagaimanapun menimbulkan masalah buat orang lain di rumah itu terutama penjaga rumah, Ujang dan ibunya sendiri.

Kelakuan Risa benar-benar membimbangkan mereka kerana ia semakin menjadi-jadi.

Disebabkan itu, Elly mengambil keputusan membawa Risa tinggal di tempat lain dan meninggalkan rumah berkenaan.

Selepas sembilan tahun, mereka kembali ke rumah itu kerana Risa perlu menjaga neneknya yang sakit.

Risa ketika itu sudah memiliki adik perempuan, Riri yang turut serta pulang ke rumah itu.

Di situlah akhirnya berlaku satu kejadian yang mengubah pandangan Risa mengenai kemampuannya berkomunikasi dengan makhluk halus. Semuanya kerana Riri tiba-tiba hilang dan dia perlu selamatkannya.

Filem ini dibintangi Prilly Latuconsina (Risa), Sandrinna Michella Skornicki (Riri), Shareefa Daanish (Asij), Asha Kenyeri Bermudez (Risa kecil), Indra Brotolaras (Andri), Kinaryosih (Elly), Ingrid Widjanarko (nenek), Wesley Andrew (William), Kevin Bzezovski Taroreh (Jhansen), Gamaharitz (Peter), dan Fuad Haris (Ujang).

Ghost-Danur: I Can See Them bakal ditayangkan di negara ini mulai Khamis depan.

The post Dunia mistik Risa appeared first on Berita Viral.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmDzXr

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.